WARGA EMAS SESAT DI HUTAN DITEMUI SELAMAT

Sabah


Anggota bomba dan orang awam bersama Fung selepas beliau dijumpai selamat awal pagi ini

JustForex

OLEH KAHAR ALI

SANDAKAN:  Seorang lelaki warga emas yang sesat semasa hiking di Hutan Taman Mawar Fasa 3 ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Fung Pik Lee berumur 80 tahun telah dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti hiking di hutan tersebut pada Disember 3.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada 6.47 petang.

Sepasukan 11 anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai oleh Ketua Balai PKPgB Jimmy Lagung telah digerakkan ke lokasi terletak 9 KM dari Balai untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan bomba bersama pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam telah melakukan operasi pencarian sejauh 20km radius. 

Fung telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan selamat pada jam 2.37 pagi hari ini. Operasi mencari dan menyelamat kemudian telah ditamatkan pada jam 4.02 pagi.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Ireland considering additional measures to limit non-essential travel – minister
U.S. coronavirus ‘extraordinarily widespread’, say White House experts
IMF says coronavirus may shrink global imbalances further in 2020
French city tells shoppers: wear masks outside or pay fine
Trump security adviser warns against foreign military involvement in Libya