WAKIL RAKYAT SABAH PUNYA MARUAH

Sabah


KOTA KINABALU: Wakil rakyat daripada Kerajaan Sabah punya maruah yang tinggi dan tidak mudah untuk dipancing oleh mana-mana pihak.

JustForex

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony, berkata semua wakil rakyat Kerajaan Sabah juga sentiasa berdiri teguh dan menyimpan kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kita menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan sebegini (Kerajaan Sabah sudah tumbang) kerana kami wakil rakyat Sabah masih menyimpan kepercayaan yang tinggi terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal untuk terus mentadbir negeri ini.

“Beliau (Shafie) juga masih Ketua Menteri yang sah untuk memimpin kerajaan di peringkat negeri Sabah. Tuduhan-tuduhan pihak tidak bertanggungjawab sebegitu jangan didengar kerana ini pembohongan semata-mata.

”Untuk makluman, wakil rakyat Sabah tidak akan teragak-agak membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan memancing kami untuk berpaling menyokong mereka,” katanya di Kota Marudu seperti dipetik sebuah portal berita tempatan, hari ini.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

U.S. Supreme Court will not allow extension in Wisconsin mail-in ballot deadline
Melbourne opens up dining, shopping as four month virus lockdown lifted
Health Ministry advises doctors to temporarily stop use of two flu vaccines
Alvin Goh to be detained under Prevention of Crime Act
Federal Govt to grant illegals in Sabah special pass? Fake news, says Kitingan