URUS SENJATA API ATAU IA DILUPUSKAN

Sabah


PENAMPANG: Polis memberi tempoh tiga bulan kepada semua pemegang lesen senjata api tumpang pakai di daerah ini untuk mengurus dan mengambil semula senjata api milik mereka.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata terdapat 90 pemegang lesen yang belum berbuat demikian dan mereka dinasihatkan supaya memanfaatkan tempoh tiga bulan yang diberikan bermula hari ini.

JustForex

“Jika tiada juga urusan untuk mengambil semula senjata itu, saya akan menarik balik lesen dan senjata api itu akan dilupuskan.

“Ini kerana ada senjata api yang ditumpangkan itu sejak 2001 lagi dan kita sudah memberi kelonggaran tidak mengambil dan mengenakan sebarang bayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Hari Bertemu Pelanggan PDRM 2020 : Dialog Bersama Pemegang Lesen Senjata Api Daerah Penampang, di sini, hari ini.

Mohd Haris berkata, pelbagai senjata api ditumpangkan antaranya senapang jenis ‘shotgun’, Rifle dan pistol.

“Pemegang lesen senjata api ini membabitkan individu, ahli perniagaan dan juga milik syarikat.

“Oleh itu, saya mohon kepada pemegang lesen senjata api ini memberi kerjasama untuk tempoh tiga bulan mengambil senjata mereka semula,” katanya.

Menurut beliau lagi, IPD Penampang mencatatkan seramai 607 pemegang lesen senjata api termasuk pemegang lesen senjata api tumpang pakai.

“Inilah matlamat kita untuk bersemuka dengan pemegang lesen supaya mereka sendiri mendengar amanat ini dan tahu apa tindakan yang mereka perlu lakukan.

“Bagaimanapun setakat ini tiada rekod kesalahan membabitkan pemegang senjata api di daerah ini,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Under pressure, British PM vows ‘massive’ coronavirus tests increase
Albania’s 29 new coronavirus cases mark highest daily surge
Mexican health ministry registers 1,688 coronavirus cases, 60 deaths
MADIUS : BANTUAN TIDAK PILIH PARTI
Johnson in intensive care with worsening coronavirus symptoms