UPKO PENAMPANG BARU SEMAKIN KUKUH

Sabah


AHLI UPKO BARU …. Joisin menerima permohonan ahli baharu daripada Kg Penampang Baru pagi tadi

JustForex

TUARAN: Cawangan UPKO Kg Penampang Baru semakin kukuh apabila menerima 20 permohonan menjadi ahli baru di sini pagi tadi.

“UPKO Tuaran mengalu-alukan kesudian mereka untuk sama-sama berjuang dalam UPKO. Ini adalah suntikan baru di cawangan itu,” kata Ketua Penerangan Pemuda UPKO Tuaran, Joel C Jeffery.

Kemasukan itu juga adalah bukti jelas bahawa cawangan itu masih wujud, sekaigus menafikan dakwaan Samson Sipulin, bekas pemimpin parti di sana.

Joel berkata borang itu diserahkan oleh Ketua Cawangan UPKO Penampang Baru, Joe Maya Idong kepada Timbalan Ketua Bahagian UPKO Tuaran, Joisin Romut.

Joel berterima kasih kepada Samson yang meninggalkan PBS sebelum PRU14 untuk bersama UPKO tetapi menyertai PPBM pada Sabtu lalu, kononnya kerana tidak bersetuju dengan penjenamaan UPKO.

Walau bagaimana pun Joel menyangkal dakwaan itu kerana Samson keluar daripada UPKO dua bulan lalu mungkin disebabkan kecewa tidak dilantik kembali menjadi ketua Kampung. Penjenamaan UPKO pula hanya dibuat pada 23 Nov lalu.

“Kami ada menyenaraikan nama Samson namun tidak lagi boleh dilantik kerana faktor usia beliau yang sudah melebihi 75 tahun,” tambah beliau.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Four killed in shooting at Czech hospital
Trump rips into Democrats for coupling impeachment with trade deal at raucous rally
Australia names first female intelligence chief
APM TANGKAP ULAR TEDUNG DAN BIAWAK
Telenor picks Ericsson for Norway 5G, abandoning Huawei