UPKO HORMATI SUARA RAKYAT KIMANIS

Sabah


Oleh Willie Jude

KOTA KINABALU: Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata parti itu akan membuat ‘postmortem’ untuk mengkaji kekalahan calon kerajaan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata, parti itu juga akan mengenalpasti kelemahan serta pengajaran yang diperolehi sepanjang tempoh berkempen di Kimanis.

JustForex

“Kita telah buat yang terbaik namun keputusan tidak berpihak kepada kita kerana pelbagai faktor, sebahagian daripadanya adalah ‘beyond us’ seperti isu nasional.

“Saya yakin dan percaya ahli-ahli UPKO yang telah tersentuh dengan pelbagai pendekatan kempen kita termasuk ceramah telah memahami isu-isu yg dibangkitkan dlm PRK ini terutama sekali isu PSS (Pas Sementara Sabah).

“Namun masih ada yang keliru kerana tidak berpeluang bersemuka dengan jentera kita. Apapun saya percaya ada hikmah dalam keputusan PRK Kimanis ini termasuklah pengajaran yg kita timba dalam proses berkempen,” katanya menerusi hantaran di Facebook Page beliau, hari ini.

Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Industri turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jentera kempen UPKO kerana pengorbanan tenaga, kewangan dan masa serta tidak mengenal penat lelah untuk berkempen.

“Selaku presiden UPKO saya ingin juga mengambil peluang ini untuk memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata ataupun apabila tindakan serta keputusan saya mengguris hati barisan pimpinan jentera kita. Ikhlas saya mohon maaf.

“Niat kita hanya satu iaitu berbuat yang terbaik untuk UPKO. Rakyat Kimanis telah bersuara melalui peti undi dan Kerajaan Negeri mendengar suara rakyat itu. Kita akan bertindak selaras dengan nadi rakyat,” katanya.

Dalam hantaran beliau itu, Madius turut berkata pucuk pimpinan UPKO sejak dari mula kempen telahpun memaklumkan Ketua Menteri bahawa sumbangan UPKO dalam PRK Kimanis ialah berusaha dan berjuang untuk memastikan agar setiap ahli UPKO di Parlimen Kimanis akan turun menyokong dan mengundi calon Kerajaan iaitu Datuk Karim Bujang.

Katanya, ahli UPKO yang aktif dan layak mengundi ialah seramai 1,300 orang.





Source link

Loading...

Articles You May Like

U.S. blocking G20 mention of climate change in draft communique, diplomats say
Sanders’ ‘Trump-like rhetoric’ encouraged vandals, Bloomberg camp says
Beach volleyball event in China postponed due to coronavirus
Hundreds infected in Chinese prisons as coronavirus cases jump beyond epicentre
Buffett calls for more accountability for corporate directors