TIGA REMAJA DITAHAN BERSABUT KES GADUH DI SANDAKAN

Sabah


Oleh Kahar Ali

JustForex

SANDAKAN:  Polis menahan 3 orang remaja bersabit satu kejadian pergaduan yang melibatkan dua kumpulan seramai 7 orang di sebuah restoran di Batu 6 semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.45 malam, sekumpulan remaja berumur awal di antara 18 tahun hingga 27 tahun yang bersenjatakan sebuah kayu ‘baseball’ telah menyerang beberapa remaja lelaki yang sedang minum di restoran itu. 

Kejadian berlaku di sebabkan perselisihan faham di antara kedua-dua kumpulan yang berlaku sebelum itu.

Pihak Polis yang menerima maklumat tentang kejadian telah bergegas ke lokasi dan berjaya menahan tiga orang saspek remaja warganegara tempatan dan merampas satu batang kayu ‘baseball’ yang digunakan semasa kejadian.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent untuk rawatan kerana mengalami kecederaan dan menerima 8 jahitan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin ketika mengesahkan kejadian ini, turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan polis.

Kesemua remaja yg di tahan di reman utk siasatan lanjut dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, tambah Mohd Azhar.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Trump, after Portland deal, says feds won’t leave ‘until there is safety’
U.S. Congressman Louie Gohmert reportedly tests positive for coronavirus
Umno lawyer given discharge not amounting to acquittal on money-laundering charges
UAE begins start up operations at its first nuclear power plant
Shafie launches Jalur Gemilang campaign and calls for unity