TAPAK KAKI KANAK-KANAK DITEMUI

Sabah


KOTA KINABALU: Tiga tapak kaki manusia dipercayai milik kanak-kanak berusia antara dua hingga tiga tahun ditemui di belakang sebuah bengkel lori dekat Pelabuhan Sepanggar, di sini, kelmarin.

Kesemua tapak kaki terbabit dikatakan ditemui pekerja bengkel berkenaan selepas melihat beberapa ekor anjing sedang bermain sambil menggigit sesuatu, kira-kira jam 6 petang.

JustForex

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, selepas menerima maklumat berhubung penemuan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

“Sebaik tiba di lokasi itu, sepasukan yang menjalankan pemeriksaan menemui tiga tapak kaki di bahagian belakang sebuah bengkel lori.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiga tapak kaki itu adalah tapak kaki manusia disyaki kaki kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun.

“Tiada kesan kena potong dan hanyalah kesan gigitan yang dipercayai gigitan binatang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, pemeriksaan lanjut berhampiran lokasi penemuan tapak kaki itu, tidak menemui sebarang badan atau fizikal lain.

“Ia menjadi tanda tanya sama ada ia milik kanak-kanak hilang atau kanak-kanak yang dikebumikan sebelum ini yang dikhuatiri digali oleh anjing sebelum membawa tapak kaki itu ke kawasan bengkel berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan dibantu oleh pasukan Forensik termasuk anjing K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Habibi meminta orang ramai yang tinggal lokasi berhampiran yang ada kehilangan anak atau sebelum ini pernah mengebumikan anak mereka supaya memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Polis akan melakukan siasatan daripada semua aspek bagi mengenal pasti identiti milik tapak kaki itu.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Romanian doctors will get 500 euro a month coronavirus bonus
Singer Pink says she had coronavirus, pledges $1 mln to relief efforts
Political rivals Biden, Trump may talk about coronavirus
Singer Bill Withers dead at 81 from heart complications, Rolling Stone reports
KES COVID-19 DI KENINGAU MASIH DISIASAT –