TAMBADAU JUNIOR LANGKAH KANAN – Berita Sabah

Sabah


KOTA KINABALU: Pasukan bawah 21 tahun Sabah memulakan aksi Piala Presiden dengan kemenangan 1-0 ke atas Melaka di Stadium Likas, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Justin Ganai itu dipaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan tiga mata penuh dalam saingan Kumpulan B.

JustForex

Tatkala Melaka lebih menguasai perlawanan, Sabah tampak gugup dan kurang keserasian dalam corak permainan mereka.

Namun ianya tidak menghalang pasukan tuan rumah untuk mendapatkan gol apabila Nard Cylasto Christopher bertindak cemerlang menanduk masuk hantaran silang Mazlan Yahya pada minit ke-35.

Sabah juga harus berterima kasih kepada kecekapan penjaga gol mereka, Joslan Aping yang dua kali menyelamatkan gawang dari dibolosi, termasuk tindakan refleks tajam untuk menghadang percubaan Muhammad Hazim Abu Zaid betul-betul di depan pintu gol.

“Kita berpuas hati dengan kemenangan pertama pada aksi pembukaan liga tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Saya berharap kemenangan ini akan menjadi motivasi dan memberi keyakinan kepada pemain untuk mengekalkan rentak di perlawanan akan datang.

“Apapun yang penting pada hari ini kita menang,” kata pengurus pasukan Datuk Juil Nuatim ketika ditemui selepas perlawanan itu.

Sementara itu, pasukan bawah 19 tahun Sabah juga mula dengan langkah kanan pada saingan Piala Belia yang berlangsung di Stadium Penampang kelmarin (Ahad).

Pasukan bimbingan jurulatih Johnny Dominicus itu menang 3-1 ke atas PJ City FC.

Yuseril Yusekil menjadi wira skuad belia Sabah apabila dua jaringan melalui sepakan percuma di babak kedua sekali gus menghasilkan tiga mata penuh.

Sabah mendahului saingan Kumpulan B itu menerusi Jeckelly Munir yang mudah menolak masuk bola muntah dari dakapan penjaga goal di minit ke-31.

Bagaimanapun, pun kedudukan kembali seimbang selang lima minit kemudian apabila Amirul Zul Aiman meledak gol dalam pergelutan di dalam kotak penalti.

Kedua-dua pasukan muda Sabah itu akan bertandang ke tempat lawan pada aksi kedua di mana pasukan bawah 21 tahun akan menentang Kuala Lumpur pada 2 Mac dan pasukan bawah 19 tahun berdepan Melaka pada 1 Mac.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Factbox: Reaction as PM Johnson admitted to hospital with coronavirus symptoms
Disney+ content to make exclusive Middle East debut on OSN
Tone-deaf or tuned-in? Coronavirus epidemic proves a minefield for celebs
BURUH BINAAN PARAH DITUKUL BEKAS RAKAN SEKERJA
Sunway staff steps up to fight against Covid-19