SUKMA 2020 : SABAH HANTAR SKUAD PENUH GIMNASTIK ARTISTIK

Sabah


Oleh Wartawan BS

KOTA KINABALU: Sabah akan menghantar skuad penuh untuk pertandingan gimnastik artistik pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Johor, Julai nanti.

Senarai penuh enam atlet masing-masing untuk kategori lelaki dan perempuan itu telah mendapat lampu hijau daripada Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah), kata jurulatih Liew Tong Ee.

JustForex

Tong Ee berkata pada asalnya cuma empat atlit lelaki telah tersenarai tetapi rayuan telah dibuat terutamanya untuk pasukan perempuan yang menunjukkan prestasai cemerlang di dalam beberapa kejohanan kebangsaan tahun lepas.

Skuad lelaki akan dianggotai pemenang medal pada Sukma 2018 iaitu Brandon Denoley Luise, Ammar Zafi Firdaus, Abd Izzat Daniel Rauf dan Charlie Richie Chong serta muka baru Jacob Hezron dan Liew Jun Xiang.

Pasukan perempuan pula terdiri daripada Felicity Grace Sew Pei En, Nur Farisha Atiqah Shuaili, Ammanda Wong Yeah Chean, Jill Avie Horatio, Cherfie Resie Chong dan Natalie Yap.

“Kami sangat berterima kasih kepada MSN Sabah, SGA (Persatuan Gimnastik Sabah), SSB (Lembaga Sukan Sabah) dan ibu-bapa para atlet yang selama ini memberi sokongan padu kepada sukan ini.

“Dengan ini, Sabah akan bertanding dalam kategori individu dan juga berpasukan pada temasya Sukma nanti,” kata Tong Ee, di sini, baru-baru ini.

Menurut Tong Ee, harapan pasukan pada Sukma nanti adalah untuk cuba memperbaiki pencapaian di temasya dua tahun lepas di Perak, di mana Sabah memenangi dua perak dan dua gangsa.

Brandon akan menjadi sandaran utama selepas memenangi dua perak dan satu gangsa menerusi acara Individual dan satu gangsa Berpasukan bersama Ammar, Abd Izzat dan Charlie.

Manakala dalam kategori perempuan, Tong Ee mengharapkan pencapaian yang bagus menerusi acara Berpasukan.

Sementara itu, Tong Ee berkata peralatan sukan yang telah lama diguna, iaitu semenjak Sukma 2002 di Sabah, sedikit sebanyak menghalang kelancaran latihan persiapan pasukan Sukma.

Selain itu, adalah sukar untuk menilai tahap kemajuan atlet yang sekarang berlatih di tempat masing-masing.

“Saya berharap MSN akan membantu dari segi kewanganan untuk program latihan skuad negeri,” kata Tong Ee, yang mempunyai kelayakan tinggi dalan kejurulatihan dan kepengadilan dari Federasi Gimnastik Antarabangsa (FIG).

Untuk rekod, Tong Ee dan Zamri Din merupakan jurulatih untuk pasukan perempuan manakala skuad lelaki adalah dibawah jagaan Azri Omar dan Loy Billy.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Twitter tests labels, community moderation for lies by public figures
Britain’s carbon permit auction calendar for 2020 published by ICE
BMW expects to cut average emissions in Europe by 20% this year
‘LAND BELOW THE WIND’ LUAHAN SIRKENT
Belgian designer Raf Simons joins Prada as co-creative director