STB LANCAR ‘ENCHANTING SABAH’

Sabah


Oleh Nio James

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memperkenalkan jenama baru bertemakan Sabah Mempesonakan atau ‘Enchanting Sabah’ untuk semua pemain di dalam industri pelancongan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata, Sabah sudah menjadi destinasi eko-pelancongan yang terkenal dan bagi mengukuhkannya lagi, STB ingin memaparkan elemen-elemen mempesonakan di Sabah.

JustForex

“STB telah memasarkan Sabah sebagai destinasi pelancongan yang ideal sejak tahun 1970-an, menjadikannya salah satu Pertubuhan Pelancongan Nasional yang pertama untuk mempromosikan pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikin pada majlis pelancaran jenama baru STB ‘Enchanting Sabah’ sempena jamuan tengah hari Tahun Baru Cina STB bersama Media, di Hotel Promenade, di sini, hari ini.

Christina berkata, STB akan terus bekerjasama rapat dengan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), syarikat penerbangan, hotel-hotel dan semua rakan industri lain untuk membentuk dan meningkatkan pelancongan di Sabah.

“Malah, kami mempromosikan Sabah sejajar dengan kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi STB Ken Pan berkata, idea dan konsep ‘Enchanting Sabah’ telah dikonseptualisasikan oleh Bahagian Digital dan Komunikasi STB.

“Sabah sentiasa dikenali sebagai laluan eko-destinasi sebelum istilah eko menjadi popular dan saya percaya kita telah mencapai kematangan dalam erti kata ini,” katanya.

Ken berkata, usaha konsevasi di Sabah juga patut dipuji bermula daripada memiliki Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang telah beroperasi sejak tahun 1964, Pulau Penyu Selingan sejak 1977 selain Pusat Pemuliharaan Beruang Borneo dan tidak lama lagi akan datang, Santuari Pangolin.

Dalam pada itu, Pengurus Besar STB, Noredah Othman berkata, penjenamaan yang konsisten membantu dalam meningkatkan bidang pemasaran dan pengiklanan.

Katanya, Pelancongan Sabah sentiasa mencari aktiviti pemasaran berkesan bagi mencapai promosi destinasi.

“Langkah untuk mewujudkan sentimen jenama akan membantu orang ramai mengenali iklan Sabah apabila diletakkan sama ada dalam media arus perdana atau dalam talian.

“Kini sudah tiba masanya untuk memaparkan dan mengetengahkan unsur-unsur ‘enchanting’ di Sabah,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Jamili Mais; Penasihat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk KL Tan dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar.



Source link

Loading...

Articles You May Like

Broad-based support powers Sanders to big win in Nevada Democratic vote
Fitness app Strava finds love-hate relationship with running
Fury annihilates Wilder in heavyweight title rematch
Australia to hold wide-ranging enquiry into disastrous bushfires
Jury in Weinstein rape trial begins deliberations