SEORANG BUDAK TERBUNUH DIGILIS TAYAR VAN KETIKA CUBA MENYEBERANG JALANRAYA

Sabah


Tempat kemalangan di Kampung Sungai Buaya, Batu 3 Jalan Apas semalam

JustForex

OLEH AHMAD TAMRIN

TAWAU: Seorang budak lelaki berumur 7 tahun terbunuh digilis tayar sebuah van semasa cuba menyeberang jalan di Kampung Sungai Buaya ,  Batu 3 Jalan Apas dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas berkata mangsa Amir Ramli yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, telah meninggal dunia di lokasi dalam kejadian pukul 5.00 petang tersebut.

Van penumpang yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 40 tahun telah selesai menghantar penumpang dari Semporna ke Kampung Sungai Buaya dan sedang keluar dari kawasan berkenaan, kata Peter.

Siasatan awal polis mendapati mangsa telah menyeberang jalan dari bahu jalan dan melanggar tepi kanan van. Ini telah menyebabkan mangsa terjatuh dan tergilis di bahagian tayar belakang kanan van tersebut, kata Peter.

Mayat budak itu telah dihantar ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat, tambah beliau.

Menurut Peter, pemandu van telah ditahan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987





Source link

Loading...

Articles You May Like

BATALION 20 PGA RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI RM 666,866
A Minute With: ‘Seberg’ cast and director on Hollywood and politics
Peloton ‘wife’ pops up in new advertisement
Telenor picks Ericsson for Norway 5G, abandoning Huawei
As Fed reiterates rate pause, forecasts likely to be blown off course