SELAMAT MAJU JAYA EWON – Berita Sabah

Sabah


RANAU: UPKO Ranau mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Ewon Ebin yang mengumumkan keluar parti, hari ini, seterusnya mencadangkan agar Datuk Abidin Madingkir dilantik sebagai Ketua Bahagian interim.

“Kami sebulat suara memilih Datuk Abidin, yang juga merupakan Naib Presiden UPKO, sebagai peneraju interim UPKO Ranau. Kami sudah pun memberitahu Ibu Pejabat UPKO mengenai hal ini sejurus selepas mesyuarat kami tadi,” kata ahli EXCO Pergerakan Pemuda, Eldy Yakin Sinit.

JustForex

“Dalam tinjauan kami, dakwaan bahawa 120 cawangan kini bubar adalah tidak betul; apa yang berlaku ialah memang ada ketua atau ahli cawangan yang serta sama keluar, tetapi itu tidak bermakna cawangan itu sudah bubar.

“Mengenai pengumuman bahawa kononnya lebih 5,000 ahli juga menginggalkan UPKO, pihak kami dan Ibu Pejabat belum mendapat apa-apa dokumen atau surat mengenainya,” tambah beliau.

Eldy berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Ewon Ebin yang mendakwa lebih 5,000 ahli UPKO daripada lebih 120 cawangan di Ranau telah meletakkan keahlian UPKO dalam satu sidang media di sini hari ini.

Perletakan jawatan Ewon daripada menjadi Ketua Bahagian UPKO Ranau dan ahli Majlis Tertinggi UPKO ‘bukanlah suatu kejutan’ berlandaskan tindak tanduk beliau terutama selepas kalah dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Ranau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

“Apa yang kami maklum, jawatankuasa disiplin parti telah pun memberikan beliau sepucuk surat baru-baru ini, meminta beliau menjelaskan penglibatan terbuka beliau dalam beberapa acara politik yang dianjurkan oleh pembangkang sejak beberapa waktu kebelakangan ini,” kata Eldy lagi.

“Apa pun, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Ewon atas segala jasa bakti beliau terutama sekali ketika menjadi wakil UPKO sebagai menteri penuh untuk beberapa penggal dalam Kabinet Negeri dan Persekutuan.

“Mengenai alasan yang diberikan oleh Datuk Ewon, yang kononnya menjadi asas mereka keluar beramai-ramai, secara ikhlas, kami mohon beliau muhasabah diri, tepuk dada tanya selera. Bagi kami, alasan-alasan itu tidak betul,” tambah Eldy lagi.

“Dalam mesyuarat kami tadi, kami sedar bahawa masih ramai pemimpin termasuk generasi muda yang sudah bersedia meneruskan perjuangan Fokus, Berani dan Ikhlas UPKO,” kata beliau.

Selain Eldy, mesyuarat di kediaman Abidin itu dihadiri oleh timbalan Bendahari Agung UPKO, Sualim Gopog, serta beberapa pemimpin kanan bahagian seperti Jasni Rijan, Datuk Matius Satur, wakil Pergerakan Wanita, Pemuda dan Komulakan.

Dalam ucapan ringkas beliau, Abidin yang berterima kasih atas kepercayaan diberikan, akan menyusun atur kembali bahagian selain mendapatkan nasihat dan bimbingan Ibu Pejabat untuk meneruskan perjuangan di Ranau.

“Terima kasih kepada anda semua, sama-sama kita perkukuhkan lagi UPKO kita ini. Kepada Datuk Ewon dan kawan-kawan lain, terima kasih dan selamat maju jaya dalam senario baru anda,” kata beliau.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Coronavirus threatens to knock South Korea off 5G leadership perch
Tesla to furlough workers, cut employee salaries due to coronavirus
DUA DITAHAN MILIKI PISTOL TIRUAN, INGKAR PKP –
Exclusive: Amazon in contact with coronavirus test makers for potential screenings on employees
Safety comes before speed in the search for Covid-19 vaccine, say experts | Newsflash by R.AGE|