SEBAR BERITA PALSU, TINDAKAN DITERUSKAN

Sabah


Oleh Wartawan BS
13 Februari 2020

KOTA KINABALU: Pihak polis akan meneruskan tindakan undang-undang dan pendakwaan di mahkamah sekiranya ada individu yang membuat berita-berita palsu khususnya berkenaan Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya yakin penguatkuasaan undang-undang berkesan bagi mengelak penularan berita palsu mengenai Covid-19.

JustForex

Katanya, langkah ini dilakukan terhadap pesalah-pesalah dalam isu Covid-19 diharap dapat menyedarkan ramai pihak.

“Tiada lagi arahan nasihat dan kita semua tahu akibat penyebaran berita yang tidak benar. Tidak perlu lagi nasihat, itulah sahaja tindakan undang-undang khususnya tindakan pendakwaan di mahkamah.

“Setakat ini ada nampak keberkesanan dari sudut kekurangan berita-berita ini. Saya percaya jika trend ini diteruskan maka kita ingin menyemai satu sikap masyarakat kita yang takut dengan undang-undang yang tidak ingin menjejaskan ketenteraman awam dengan penularan berita tidak benar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah antara Datuk Omar Mammah dengan Datuk Zaini Jass di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan, di sini, hari ini.

Omar yang bersara wajib mulai esok digantikan oleh Zaini yang sebelum ini menyandang Timbalan Ketua Polis Sabah.

Sementara itu, mengulas lanjut, Mazlan berkata, tiada kes terbaru direkodkan setakat ini berhubung penyebaran berita tidak sahih COVID-19.

“Kita masih tunggu baki 13 siasatan yang kita buat, Insyallah kita masih tunggu daripada pihak pendakwaan.

“Setakat ini tidak ada kes baharu, “katanya.

Untuk rekod, jumlah kertas siasatan yang dibuka berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai Covid-19 masih kekal kepada 13 kes dengan membabitkan tiga pertuduhan di mahkamah termasuk satu di Sabah.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Gunman kills nine in German shisha bar rampage; extremist motive suspected
AGONG BERANGKAT TIBA DI SABAH
Nine dead in Turkey after quake hits rural Iran border region
Myanmar to court-martial more troops over Rohingya crackdown, army says
Britain advises travelers self isolate after north Italy trips