SANGGUP JALAN KAKI KE KE KOTA MARUDU DEMI ELAK JANGKITAN –

Sabah


KOTA KINABALU: Seorang lelaki sanggup berjalan kaki daripada Kota Kinabalu ke kampungnya di Kota Marudu semata-mata mahu mengelak jangkitan jika menaiki kenderaan keluarga atau pengangkutan awam.

Perjalanan sejauh lebih 110 kilometer itu diharungi Alixson Mangundok, 34, selama kira-kira tiga hari sebelum sampai di rumah keluarganya di Kampung Mangaris 2, Kota Marudu.

JustForex

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu biasanya mengambil masa kira-kira tiga jam menggunakan kenderaan.

Alixson berkata dia berbuat demikian kerana belum mengetahui keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalaninya sejurus tiba dari Jepun pada 25 Mac lalu.

“Sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu dari Jepun, saya terus ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk menjalani saringan walaupun saya tidak mempunyai sebarang simptom.

“Saya kemudian mengambil langkah berjaga-jaga kerana keputusan ujian belum saya perolehi, saya mengelak bercampur orang ramai kerana bimbang mencetuskan sebarang jangkitan jika keputusan saringan yang dibuat itu positif.

“Pada masa sama, kebimbangan itu membuatkan saya menolak menaiki kenderaan abang yang datang menjemput di lapangan terbang atau pengangkutan awam.

“Saya kemudian membuat keputusan pulang ke kampung secara berjalan kaki mulai petang 26 Mac lalu dan sampai di kampung di Kota Marudu pada 28 Mac,” katanya yang turut menjadi viral di media sosial.

Alixson berkata, ketika dalam perjalanan, dia juga menemui seekor anjing jinak yang kemudian menjadi temannya.

Katanya, sepanjang perjalanan pulang itu dia singgah tidur di hentian bas yang kosong pada waktu malam sambil ditemani anjing

“Selepas saya tiba di kampung, saya juga membuat keputusan mengasingkan diri dengan tinggal dalam pondok di kebun keluarga, sementara menanti keputusan ujian saringan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Alixson akui pengalaman berjalan kaki ketika merantau di luar negara sebelum ini membuatkan usahanya berjalan pulang itu tidak berdepan masalah.

“Saya sudah biasa merantau ke beberapa negara, jadi berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu itu bukannya satu perkara besar.

“Bagaimanapun, paling saya tidak boleh lupakan apabila saya berjalan kaki ketika melalui perkuburan di kawasan Luyang pada waktu malam.

“Ketika itu, saya bertembung anjing yang saya namakan sebagai Cico yang mengekori hingga sampai ke Kota Marudu.

“Jika tidak bersama anjing itu, mungkin orang sekeliling menganggap saya penjahat pada waktu malam,” katanya.

Alixson berkata, dia telah menjalani pemeriksaan saringan kali kedua di Hospital Kota Marudu, selepas ujian kali pertama yang dibuat di Kota Kinabalu belum diperoleh.

Setakat ini juga, beliau masih kuarantin diri di pondok keluarganya itu./BERITA SABAH





Source link

Loading...

Articles You May Like

Used car dealer charged with price gouging New York City on 3M’s N95 masks
Rock ‘n’ roll never dies: One British band jams away in isolation
Belgian rail tests sensors to keep workers apart during COVID-19
UK helps employers with slow phase-in of job shield costs
Chicago artist fills pesky potholes with pandemic art