RUMAH DAN BALAI RAYA MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SUKAU

Sabah


Rumah kediaman dan balai raya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Sukau petang ini

JustForex

Oleh Faizal Rahman

KINABATANGAN : Sebuah rumah kediaman dan sebuah balai raya di Kampung Sukau yang terletak 53 KM dari sini musnah dalam kebakaran petang kelmarin.

 Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 5.04 petang dan sejurus itu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan respon ke lokasi.

Enam anggota Bomba diketuai oleh Ketua BBP Kinabatangan PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin telah menaiki satu jentera dan sebuah kenderaan utiliti untuk melakukan operasi pemadaman kebakaran.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal  dan sebuah balai raya jenis separuh kekal masing-masing terbakar 100%.  Pasukan bomba telah menggunakan sumber air dari tangki jentera untuk memadamkan kebakaran. 

Tiada melibatkan kecederaan dan kematian dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Operasi terkawal pada jam  5.59 petang sebelum ditamatkan pada jam 6.31 petang.





Source link

Loading...

Articles You May Like

South Asia surpasses grim milestone of 15 million COVID-19 cases: Reuters tally
The sudden visit to COVID victims’ families that sparked Jordan’s royal rift
Biden plans to crack down on ‘ghost guns’ with action on Thursday
The day before elections, Peru marks record COVID-19 deaths
Explainer: How Japan plans to release contaminated Fukushima water into the ocean