RONDAAN PEMANTAUAN KAWALAN COVID-19 PKPP DIKUATKUASAKAN

Sabah


KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menguatkuasakan operasi rondaan dan pemantauan kawalan Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sekitar daerah ini, hari ini.

Operasi bermula jam 12.05 tengah malam tadi itu dijalankan di lima premis sekitar Waterfront dan Karamunsing Capital.

JustForex

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi menumpukan kawasan pusat hiburan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati empat premis membenarkan pengunjung berhibur dan menyediakan minuman beralkohol.

“Malah, penjaga premis didapati gagal mengawal pengunjung untuk menjaga penjarakan sosial.

“Tindakan kompaun dikeluarkan kepada empat lelaki yang juga penjaga empat premis terbabit kerana didapati melakukan kesalahan mengikut peraturan-peraturan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit (No.7), Peraturan 3,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Habibi berkata, pesalah juga boleh dihukum mengikut peraturan 11, peraturan sama iaitu denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Habibi berkata, objektif rondaan dan pemeriksaan dilakukan adalah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKPP dipatuhi sepenuhnya terutamanya oleh pengusaha premis.

Katanya, ini adalah usaha berterusan yang dijalankan PDRM dalam usaha membanteras penularan virus Covid-19.

“Kerjasama seluruh masyarakat adalah amat penting dalam penambahbaikan pengurusan keselamatan yang menjadi faktor utama dalam mengelakkan ledakan Covid-19 dalam skala yang lebih besar,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Hospitals in Wisconsin, Texas under strain as COVID-19 cases surge
Health Ministry advises doctors to temporarily stop use of two flu vaccines
Dr Noor Hisham: Health Ministry hopes Act 342 can be amended soon
U.S. Supreme Court will not allow extension in Wisconsin mail-in ballot deadline
Protesters against COVID-19 restrictions clash with police in Spanish cities