PROSES PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR SETAKAT INI

Sabah


Oleh Wartawan BS

KIMANIS: Proses pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dibuka sejak 7.30 pagi tadi, setakat ini berjalan lancar.

JustForex

“Kita menugaskan seberapa ramai pegawai dan anggota polis untuk mengawal keselamatan di semua PDM.

“Begitu juga di setiap saluran mengundi, kita tugaskan sekurang-kurangnya dua dan tiga angggota bergantung kepada bilangan pengundi di saluran berkenaan. Sebagai contoh, di Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Bongawan ada tujuh saluran mengundi.

“Jadi kita telah tugaskan tujuh anggota polis untuk membuat kawalan bukan sahaja di dalam pusat mengundi tetapi di luar bagi tujuan melancarkan proses pengundian,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjuan di SMK Bongawan, di sini, hari ini.

Omar berkata, orang ramai tidak perlu risau mengenai keselamatan kerana polis berada di mana-mana bagi menjaga keselamatan.

“Jadi seperti mana yang saya katakan sebelum ini, jangan risau tentang keselamatan kerana polis berada di mana-mana untuk membuat kawalan.

“Bukan sahaja pegawai dan anggota dari Beaufort dan Papar tetapi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut turun bertugas bagi memastikan keselamatan terjamin,” katanya.

PKR Kimanis menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi membabitkan 68 saluran dan 19 PDM.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Buffett defends Berkshire stock push, reassures on future as profit smashes record
450,000 LITER DIESEL DISITA – Berita Sabah
Jury in Weinstein rape trial begins deliberations
Tesla resumes tree cutting in Germany to build Gigafactory
PESARA KERAJAAN MAUT KEMALANGAN – Berita Sabah