PROJEK PREMIS BURUNG WALIT RAKYAT TETAP DITERUSKAN

Sabah


Oleh Nio James

BONGAWAN: Kerajaan negeri mengulangi komitmen mereka untuk meneruskan Projek Premis Burung Walit Rakyat pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong berkata, lawatannya ke tiga premis burung walit beberapa hari lalu telah meyakinkan beliau bahawa projek berkenaan sesuai untuk diteruskan dan dikembangkan bagi memantapkan industri burung walit di Kimanis, selaras dengan Rangka Tindakan Pembangunan Pertanian Sabah 2021-2030.

JustForex

“Saya telah melawat tiga premis minggu lalu lalu dan saya berjumpa dengan puan Asnah Jimeh dari Kampung Brunei di Membakut serta encik Yakob Ismail dari Kampung Nyaris-nyaris, Membakut, kemudian saya berjumpa pula dengan puan Mariam Yusof dari Kampung Darat Pauh, Bongawan.

“Ketiga-tiga mereka antara 20 penduduk di sekitar Kimanis yang menerima rumah burung walit percuma pada tahun lalu dan mereka sangat bersyukur kerana Kerajaan Sabah hari ini telah membantu mereka secara proaktif.

“Sehubungan itu, program ini akan diteruskan berdasarkan sambutan positif penduduk setempat,” katanya.

Junz berkata, meskipun premis-premis burung walit percuma ini terhad kepada 150 unit di seluruh Sabah pada tahun lalu, Kementeriannya telah menyediakan program bantuan kewangan bagi pemohon lain yang berminat menceburi industri ini.

“Peruntukan program ini terhad jadi kementerian saya hanya mampu membiayai 150 buah premis burung walit tahun lalu, namun pada masa sama, Kementerian Pertanian menyediakan bantuan kewangan buat pemohon yang berminat menceburi industri ini.

“Kalau ada peruntukan lebih, saya akan tambah lebih banyak premis burung walit percuma… jangan bimbang. Program ini saya akan teruskan kerana ianya membawa manfaat kepada rakyat,”  katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Deforestation in Brazil’s Amazon retreats in July from 2019 record
More than 2,400 porn sites blocked by MCMC since 2018
Historical association comes out in support of name change for St Paul’s Hill
French city tells shoppers: wear masks outside or pay fine
IMF says coronavirus may shrink global imbalances further in 2020