PRK KIMANIS, WAKIL RAKYAT DAN PSS

Sabah


TIRAI pilihan raya kecil Parlimen Kimanis sudah berlabuh. Suara rakyat wajar dihormati. Pun pahat, tukul masih berbunyi, wal hal mahligai sudah diumum sempurna. Tidak mengherankan, sebenarnya. Kita ini bukan kah suka sangat kelihatan aktif, arif, up-to-date, malah maha mengetahui…?

Mengapa Barisan Nasional menang? Bukan luar biasa kerana sememangnya, Kimanis milik BN sejak sekian lama. Itu kata si gaman.

JustForex

Mengapa parti kerajaan boleh kalah? Pun bukan luar biasa kerana sememangnya, menang atau kalah, kerajaan tidak berubah. Itu kata si beliau.

Dan pelbagai lagi. Kuasa duit, jentera kempen yang berpengalaman hampir 60 tahun, sengaja jadikan Kimanis satu “wake up” call, keangkuhan kepimpinan yang kebaru-baruan, saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain, duit tidak sampai ke akar umbi, isu pas sementara Sabah (PSS), faktor calun, rakyat semakin cerdik dan celik teknologi maklumat.

#Kionsomboy turut berkampung, seadanya, di Kimanis. Satu pengalaman yang bisa mendewasakan andai kita mahu telanjang dan menghayati waktu.

Terkilan jiwa. Pilihan raya ialah untuk menentukan siapa wakil rakyat. Kita amalkan sistem demokrasi. Yang mendapat paling banyak undi, menang. Sudah menang, wajib berkhidmat sebagai wakil rakyat. Memastikan segala kehendak rakyat ditangani, dipenuhi.

Entah sudah berapa jumlah pilihan raya yang #Kionsomboy lalui. Setiap kempen, bukan pula berkurangan, malah, permintaan rakyat, permohonan akar umbi, sepertinya semakin bertambah. Apakah ini yang menyebabkan, para politikus masih terus wujud, boleh hidup dan kononya akan bersama mereka yang diwakili?

#Kionsomboy tertunggu-tunggu masa dan ketikanya, bila demokrasi kita ini cukup matang. Saat ini, kita masih dalam proses pendewasaan. Masih banyak ruang untuk kita perbaiki dan penuhi.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, contohnya, rekod perbelanjaan pilihan raya diwartakan; malah sumber kewangan mereka pun diketahui umum. Berapa gerangan jumlah wang yang bermanis-manisan di Kimanis? Oleh kedua belah pihak?

Sangat berharap, suatu hari nanti, dan secepatnya, kita dewasa demokrasi.

Seperkara lagi. PSS. Topik ini menular. Malah, didakwa menjadi “game changer” bagi Kimanis. Bagi #Kionsomboy, hal ini ‘Ya’ dan ‘Tidak”. Di beberapa kawasan mengundi, PSS memang isu panas. Di tempat lain, janji tinggal janji, duit, kuasa, kongsi kuasa, yang berkuasa dan yang tidak berkuasa menjadi bualan ramai.

PSS itu, hanyalah salah satu cadangan kerajaan sekarang ini untuk menangani isu pelarian perang, mereka yang kini memegang IMM13 – satu dokumen yang mengecualikan mereka daripada kewajiban memiliki passport antarabangsa walau pun berada di Sabah. Yang pelik, IMM13 itu sudah diberhentikan pengeluarannya pada 1997. Timbul pula kad burung-burung dan kad banci.

PSS yang diumumkan tahun lalu, adalah kesinambungan daripada Pas Residen Sabah atau PRESS yang dipersetujui dalam peringkat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh kepimpinan Barisan Nasional pada 2016 lagi. Tapi, kerana kuasa berceramah, oratory skill, kemahiran memutar belit dan segalanya, Kimanis didakwa menjadi referendum PSS. Ini lawak basi, buang karan, dangkal.

Yang lagi lucu, Kerajaan batal PSS, sekarang ini, pihak yang bermati-matian membantah PSS, mereka pula yang gelabah. Sudah terhantuk baru tengadah kah?

Apa tidaknya, tanpa PSS, apa yang patut dilakukan untuk pemegang IMM13, dikatakan lebih 50 ribu, atau ada yang berkata 600,000? Biarkan sahaja bergelimpangan di bumi Sabah? Kerana usaha seperti PSS akan membuat sesiapa sahaja calun yang bertanding akan kalah?

Seperkara lagi. Yang bertanding di Kimanis ialah BN-UMNO dan Warisan mewakili Kerajaan. Tetapi, sepanjang masa kempen selama dua minggu itu, seolah-olah UPKO pula yang bertanding. Yang lagi lah pelik, semua parti hanya menghentam UPKO. Semua, termasuk Warisan sendiri. Itu kata si gaman di tamu Membakut sehari dua sebelum hari mengundi.

Timbul persoalan. Ini parti kerajaan berlawan dengan parti pembangkang kah, atau ada konflik dan perlawanan dalaman disetiap pihak? Bagaimana pula dengan keadaan setiap parti? Semua manis? Semua patut dimaniskan? Atau ia bagai susu segar yang semakin asam? Jadi yogurt pun bagus juga bah… barangkali.

Lalu timbul lagi persoalan. Kalau sesuatu parti itu bergolak, lalu apakah kejadian para pemimpin mereka yang merupakan calun atau yang sudah menjadi wakil rakyat?

PPBM dengan keresahan Tun Mahathir Mohamad akan letak jawatan Perdana Menteri; PKR dengan video terlaris dipasaran; PAS yang tiba-tiba rela tidur sebantal dengan parti lain, UMNO yang kononnya ada autonomi di Sabah, tapi masih berpaut dengan parti semenanjung; DAP yang mahu tidak mahu gelaran Datuk, dan semakin terasa bahang Muafakat Nasional; Warisan yang dikatakan masih berjiwa UMNO; PBS yang bagai kehilangan kompas; PBRS dan STAR yang mahu kelihatan gagah walau main takraw pun tidak cukup pemain; dan UPKO yang kenampakan dinamik kerana penjenamaan tetapi kelihatan juga akur dengan telunjuk Warisan. Si gaman bilang, kalau beginilah, masih ada “way” kah? Si beliau pula bertanya, masih ada harapan kah?

#Kionsomboy impikan saat ini, lebih baik berbanding kelmarin, dan esok lebih indah berbanding hari ini. Itu perjuangan.

Pahat dan tukul, berpisah tiada. Politik dan kehidupan, seperjuangan. Boleh kah kita berdoa moga segalanya indah; moga semuanya manis; moga akhirnya, kita ada senyuman. Dan damai? Itu doa.

Mengapa kita ada, dan hidup dan masih wujud didunia? #Kionsomboy mahu tetap fokus, berani dan ikhlas, #Kionsomboy juga mohon memetik pantun yang disuarakan oleh mantan WKAN Alucyeus Wong di Kg Sinuka, Membakut semasa kempen minggu lalu;

Ramai-ramai daun rumbia

Daunlah hidup dibakar api

Ramai-ramai hidup di dunia

Sebentar hidup sebelum mati.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Myanmar activists stage ‘bloody’ protests against military
Turkey, Libya committed to eastern Mediterranean maritime accord
Biden plans to crack down on ‘ghost guns’ with action on Thursday
The sudden visit to COVID victims’ families that sparked Jordan’s royal rift
English shops and pub gardens reopen in ‘major step’ to freedom