PPS GAGAL HAMBAT PENEMPATAN SMP: DZULKEFLY

Sabah


Madius (Kanan) berswafoto bersama Chan Foong Hin (Ahli Parlimen, Kota Kinabalu) di lobi Parlimen selepas berbincang mengenai isu kelewatan penempatan graduan Sarjana Muda Perubatan.

Oleh Janecarr Yado

JustForex

KUALA LUMPUR (Bangunan Parlimen): Kegagalan lebih 30 peratus Pegawai Perubatan Siswazah untuk menamatkan latihan dalam tempoh dua tahun menyebabkan berlakunya penangguhan penempatan graduan Sarjana Muda Perubatan (SMP).

Menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini merupakan antara faktor berlakunya penangguhan penempatan graduan SMP yang terpaksa menunggu lebih daripada setahun.

“Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 32.9 peratus Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) tidak berjaya menamatkan latihan dalam tempoh dua tahun seperti yang telah ditetapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau hari ini.

Madius bertanya mengapa berlakunyanya senario kelewatan penempatan graduan Sarjana Muda perubatan sedangkan setelah mula bertugas didapati mereka masih terpaksa berhadapan dengan beban kerja berlebihan akibat kekurangan kakitangan.

“Secara logiknya, jika penempatan lewat bermaksud tidak mempunyai kekosongan namun setelah bertugas ia adalah sebaliknya iaitu golongan ini malah berhadapan dengan bebanan kerja berlebihan kerana kekurangan tenaga perubatan,”katanya.

Menurut Dzulkefly, terdapat PPS yang mengambil masa lebih panjang untuk menamatkan latihan atas beberapa faktor seperti peribadi dan kompetensi.

“Ini menyebabkan slot latihan tidak dapat dikosongkan untuk diisi oleh graduan perubatan baharu dan seterusnya berlakunya penangguhan penempatan,” tambahnya.

Dzulkefly memaklumkan hanya lebih kurang 3091 orang PPS menamatkan latihan mereka setiap tahun sedangkan jumlah keluaran graduan perubatan dari dalam dan luar negara yang dianggarkan adalah sebanyak 5,000 hingga 6,000 setahun.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata jumlah keluaran graduan yang meningkat berbanding dengan jumlah slot latihan yang boleh disediakan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga merupakan antara faktor berlakunya isu graduan perubatan yang belum ditawarkan slot latihan siswazah.

“Slot latihan siswazah di Hospital Latihan Siswazah pada masa ini hanya sebanyak 12,033 slot dan kesemua slot latihan tersebut telah diisi sepenuhnya oleh PPS. Slot tersebut hanya dikosongkan sebaik sahaja PPS sedia ada menamatkan latihan mereka,” katanya.

Menurutnya, KKM komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di fasiliti kesihatan namun pada masa yang sama KKM turut berhadapan dengan cabaran seperti kekurangan peruntukan, kekurangan staf kesihatan serta beban tugas berlebihan seperti mana yang direkodkan dalam Laporan Audit Negara 2018.

Menteri Kesihatan Malaysia itu berkata buat masa ini KKM menggunakan pendekatan mengoptimumkan tenaga manusia bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan diteruskan di fasiliti kesihatan.

“Sebagai langkah untuk mengatasi kekurangan perjawatan, KKM telah mengemukakan permohonan peruntukan dan perjawatan kepada agensi pusat khususnya bagi menangani keperluan fasiliti baharu dan yang dinaiktaraf,”ujarnya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

California wildfire risk prompts planned mass cutoff of PG&E power
Indian-born Nobel prize-winner comes from ‘family of economists’
Kajian Ilmiah Wajar Jadi Rujukan Pinda Ordinan Interpretasi Anak Negeri
U.S. judge blocks Trump rule limiting green cards for poor immigrants
Lyft follows Uber in suing NYC over cruising time caps