PPM LAHAD DATU BERJAYA RAMPAS 78 BOTOL MINUMAN KERAS SELUDUP

Sabah


JustForex

Anggota PPM Lahad Datu menunjukkan minuman arak seludup yang dirampas kelmarin

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya merampas 78 botol keras jenis Tanduay anggaran bernilai RM 3,900 yang dipercayai diseludup dari negara jiran di persisiran pantai Tagupi kelmarin.

Menurut Komander PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, semasa krew bot ronda PPM Lahad Datu membuat rondaan cegah jenayah laut telah terlihat beberapa bungkusan yang mencurigakan di kawasan pesisir pantai tersebut pada jam 12.30 pagi.

 Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, sebanyak 78 botol berisi 750ml minuman keras jenis Tanduay yang disyaki belum dibayar cukai kastam dan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran tanpa laluan yang sah disisi undang-undang untuk dipasarkan di Sabah, kata Mohamad Pajeri.

Barang-barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan kata Mohamad Pajeri.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Canada early voting starts as campaign heads into final stretch
Portugal cautious about risks posed by Facebook’s Libra
Uber launches boat service in Nigeria’s megacity Lagos
ZAKARIA SAMBUT BAIK PERUNTUKAN PROJEK BEKALAN AIR BERSIH UNTUK KAWASAN LUAR BANDAR
Four victims of balloon explosion expected to be discharged from Putrajaya Hospital