POLIS TINGKAT KESELAMATAN MENJELANG HARI PENGUNDIAN

Sabah


Oleh Wartawan BS

BEAUFORT: Polis akan pastikan tahap keselamatan di semua saluran mengundi pada Piliharan Raya Kecil (PRK) Kimanis, dipertingkatkan.

JustForex

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak, seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan ditugaskan sepanjang tempoh proses pengundian termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti  ke pusat pengiraan undi.

Katanya, langkah itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingin berlaku.

“Keanggotan trafik kita maksimumkan 100 orang lebih, untuk memastikan laluan lancar dan juga keselamatan dan juga petugas-petugas ini dari PDM ke tempat pengiraan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.

“Kita tutup laluan di hadapan dewan itu sahaja, kita kira sebagai laluan alternatif, saya jangkakan tidak menggangu lalu lintas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, di sini, hari ini.

PRK Kimanis kali ini menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi untuk kerusi Parlimen berkenaan melibatkan 68 saluran dan 19 buah pusat mengundi.

Sementara itu katanya, Jalan Beaufort ini jalan utama dari Sarawak dan negara Brunei itu sendiri.

“Kita cuba sebaik mungkin… jika ada kesesakan mohon semua pengguna jalan raya bersabarlah.

“kita faham beberapa lokasi PDM-PDM di tempat mengundi ini di tepi jalan utama,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

UMS TERAJUI PEMBINAAN LOJI AIR
Robots, clocks and computers: How Ancient Greeks got there first
Former Illinois governor Blagojevich thanks Trump for commuting sentence
Queen’s nephew the Earl of Snowdon to divorce
PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DILANJUTKAN – Berita Sabah