POLIS MARIN LAHAD DATU TAHAN 5 PTI, RAMPAS 3 BUAH MOTOSIKAL

Sabah


JustForex

Lima orang PTI bersama 3 buah motosikal ditahan di Markas Operasi PPM Lahad Datu

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berjaya menahan lima orang pendatang tanpa izin (PTI) dan rampas tiga buah motosikal di persisiran pantai Tagupi kelmarin.

Bertindak atas maklumat orang awam, pada jam 10.40 malam, semasa krew bot ronda PPM dalam tugas Op Gelora di kawasan situ telah menangkap 5 orang lelaki setelah mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, kata Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali.

Hasil pemeriksaan mendapati 5 orang lelaki tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka disyaki sedang menunggu sebuah bot yang tidak dikenali untuk mengambil mereka dipercayai untuk dihantar ke Bongao, Filipina, tambah beliau. 

Dalam masa yang sama krew bot ronda PPM juga telah merampas 3 buah motosikal yang ditinggalkan di pesisir pantai Tagupi yang disyaki digunakan untuk mengangkut PTI. Anggaran jumlah rampasan motosikal berjumlah RM 15,500, kata Mohamad Pajeri.

Kesemua saspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu. Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan atau kompaun sehingga RM3,000, katanya lagi.





Source link

Loading...

Articles You May Like

American teenager Gauff reaches maiden WTA final in Linz
Wildfire destroys homes, causes injuries in California mobile home park
GM appeals directly to employees as strike losses mount, riling UAW
RM4.6 million Fund Receipts for “Green Corridor Project”
Murray fumes at Fognini in Shanghai defeat