PJP SABAH : JANGAN BUAT PROVOKASI, KEKECOHAN

Sabah


Oleh Wartawan BS

PENAMPANG: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu yang menimbulkan kekecohan ketika Himpunan Solidariti Rakyat Bantah Aman Pas Sementara Sabah (PSS) yang dijadualkan berlangsung esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, pihaknya akan menempatkan anggotanya di kawasan himpunan dan membuat penugasan minima bagi mengelak timbulnya sebarang perbuatan yang boleh mengganggu gugat keselamatan di kawasan itu.

JustForex

“Kita akan buat penugasan minima kecuali menerima maklumat yang wujudnya ancaman dan tindakan agresif hingga boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Sehubungan itu saya menasihatkan orang ramai mahupun pihak penganjur yang hadir di perhimpunan itu supaya mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.

“Jangan sesekali melakukan provokasi hingga mendatangkan kekecohan dan pergaduhan, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

Sementara itu, mengenai akaun Facebook dengan penama ‘Aziz Jaafar Lajuna yang meminta pendatang asing tanya izin (PATI) membuat kecoh ketika Himpunan Solidariti Rakyat Bantahan Aman PSS di Membakut, esok, Omar berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu namun polis akan menyiasat.

“Kita akan siasat benda ini dan kita nilai semula… jika betul, kita akan tingkatkan kawalan kerana yang penting adalah keselamatan org awam di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun setakat ini Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis berjalan lancar dan tiada insiden-insiden yang serius berlaku yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan berkenaan,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Bachok boat tragedy: Angler’s wife keeps hope alive
CALON PM, SHAFIE HARAP DIBERI SEDIKIT MASA UNTUK TELITI
SELEPAS BATAL MASUK PKR, SALLEH MAHU KEMBALI KE PANGKUAN UMNO
PEKERJA DARI CHINA DIBENAR MASUK SABAH
Cuban capital to ease lockdown, joins rest of the country