PESTA TAGUNGGU WADAH SATUKAN ETNIK SUNGAI

Sabah


Dr.Ronald (tiga dari kiri) menerima cenderamata di majlis itu

PAITAN: Pesta Tagunggu yang diraikan setiap tahun merupakan wadah penyatuan masyarakat etnik Sungai di Paitan, Sugut, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

JustForex

Katanya, pesta itu sejak sekian lamanya dianjurkan, telah
menjadi satu acara tahunan yang penting di daerah tersebut.

Beliau berkata, Pesta Tagunggu telah dianjurkan oleh
Pejabat Parlimen Beluran sejak tahun 2006, bertujuan untuk mempamerkan seni
budaya musik tradisi etnik Sungai di daerah Sugut.

“Pengajuran pesta ini selama 13 tahun, kini telah
berjaya tanamkan semangat mendalam terhadap musik tradisi dikalangan generasi
muda ethnik ini.

“Anak-anak muda etnik Sungai kini lebih yakin untuk
menonjolkan seni budaya mereka”, katanya ketika merasmikan Pesta Tagunggu
kali ke 12 di Pekan Daerah Kecil Paitan.

Hadir sama di majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah
Beluran, Encik Leprus Giswa dan Pegawai Exsekutif Majlis Daerah Beluran, Puan
Kamariah Ismail.

Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri majlis itu

Ronald Kiandee berkata, dalam bidang seni suara,
artis-artis bahasa Sungai juga mulai mencipta nama di persada seni.

Beliau berharap agar seni budaya etnik Sungai terus
diangkat hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Ronald yakin dan percaya usaha yang giat dilaksanakan
oleh penggerak seni etnik Sungai akan meletakkan ethnik itu setaraf dengan
kejayaan ethnik lain di negeri ini, terutamanya dalam bidang seni dan budaya.

“Saya juga menyeru kepada masyarakat di Beluran agar
menyertai dan bergiat dalam persatuan-persatu seni budaya yang berdaftar.  Ini penting agar bantuan daripada kerajaan
lebih mudah disalurkan kepada golongan sasar”, tegasnya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Johnson wins ‘huge’ mandate for swift Brexit in UK election
Puppeteer who performed Sesame Street’s Big Bird, Oscar, dies at 85
Schiff: focus on ‘overwhelming evidence’ in Trump impeachment
DUA PAM BOT DITAHAN TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENGEBOMAN IKAN
Trial begins in U.S. states’ effort to block T-Mobile/Sprint deal