Penjawat awam persekutuan di Sarawak bakal terima insentif khas RM500

Sabah


KUCHING, 4 Dis — Buat pertama kalinya penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak bakal menerima insentif khas berjumlah RM500 daripada kerajaan negeri.

JustForex

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bantuan khas itu akan dibayar pada Jun tahun hadapan.

“Saya dimaklumkan sejumlah 95,000 penjawat awam persekutuan berkhidmat di negeri ini, sebagai menghargai perkhidmatan anda, saya telah berbincang dengan ahli-ahli kabinet dan bersetuju untuk menambah bantuan kewangan kepada seluruh penjawat awam persekutuan di Sarawak.

“Sebanyak RM500 bantuan khas yang akan dibayar sekurang-kurangnya menjelang Jun tahun depan,” katanya menambah keputusan itu baharu sahaja dibuat.

Beliau mengumumkan khabar gembira itu semasa perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam 2019 di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jaul Samion dalam ucapannya berkata setakat ini, lebih 120,000 penjawat awam sedang berkhidmat di Sarawak.

Daripada jumlah itu, 94,971 adalah penjawat awam persekutuan manakala 25,324 adalah penjawat awam negeri.

“Kita bergabung agar visi kerajaan nampak di mata rakyat dan melakukan perubahan kepada kehidupan rakyat kita,” katanya.– BERNAMA





Source link

Loading...

Articles You May Like

World-class medical education available locally
Umno lawyer given discharge not amounting to acquittal on money-laundering charges
Pakatan: Dissolution of Sabah state assembly returns power to the people
French city tells shoppers: wear masks outside or pay fine
UAE begins start up operations at its first nuclear power plant