PELABUHAN POIC DIWARTAKAN – Berita Sabah

Sabah


Oleh Willie Jude

TUARAN: Pewartaan Pelabuhan Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu sebagai tempat berlabuh yang sah dijangka mampu menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah.

JustForex

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata perkara berkenaan akan beliau laporkan kepada kabinet negeri pada Rabu ini.

“Adanya perkhidmatan CIQ (kastam, imigresen dan kuarantin) yang sepenuhnya akan memudahkan lagi bagi kerajaan khususnya pihak kementerian untuk menarik pelabur  terutama sekali di POIC Lahad Datu,” katanya ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Krismas Ahli Parlimen Tuaran di Dewan Masyarakat Tenghilan di sini, kelmarin.

Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Industri turut percaya perkembangan terkini itu akan menambah keyakinan syarikat-syarikat pelaburan untuk datang ke POIC Lahad Datu.

“Kita telah berbincang untuk syarikat-syarikat ini meneruskan pelaburan mereka dan kalau ini berjaya tahun ini memang pelaburan kita (terima) akan mencecah bilion ringgit dan jauh lebih baik dari tahun lepas.

“Pada tahun ini kita mahu pertingkatkan kerjasama di antara POIC Lahad Datu dengan Mindanao di Selatan Filipina dan juga Indonesia,” kata Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Menurutnya kerajaan Sabah memang telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Malindo 2 daripada Indonesia dan juga North Port di Pelabuhan Kelang.

“Kita juga berharap dapat bekerjasama dengan beberapa perlabuhan di Mindanao.

“Jadi dengan ini kita berharap kita dapat mengorak langkah untuk menjadikan pelabuhan POIC sebagai satu hab transshipment dan dengan itu kita akan pertingkatkan lagi daya tarikan POIC Lahad Datu untuk menarik pelabur-pelabur terutama sekali dalam sektor pembuatan,” katanya lagi.





Source link

Loading...

Articles You May Like

U.S. data point to moderate economic growth, tightening jobs market
Blistering Kuchar jumps into Singapore lead after birdie binge
U.S. Supreme Court takes up presidential Electoral College dispute
Giant Olympic rings installed as Tokyo enters final stretch
Facebook must disclose app records for Massachusetts probe, judge rules