PEKERJA DARI CHINA DIBENAR MASUK SABAH

Sabah


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah, hari ini, memutuskan untuk membenarkan semua perjalanan masuk ke Sabah oleh pekerja warga asing daripada China dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

JustForex

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun pekerja warga asing daripada China berkenaan dikehendaki untuk melakukan ujian calitan COVID-19 di tempat masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah dan disahkan bebas daripada wabak berkenaan.

“Kebenaran ini juga adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), peraturan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah) dan pihak berwajib yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata selain itu, kerajaan Sabah juga memutuskan untuk membenarkan pemegang pas-pas dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang berada di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan untuk masuk ke Sabah bagi tujuan percutian tanpa perlu menjalani ujian calitan COVID-19 dan kuarantin.

“Walau bagaimanapun, mereka perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan dan mematuhi SOP JKNS,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

South Korean doctors strike over plan to boost medical student numbers
‘Gadget guy’ fixes damaged goods to be re-gifted to community
Aid group ACTED says its staff members caught up in Niger attack
Macron told Trump that U.S. sanctions on Lebanese groups counterproductive, official says
Hanifah: No need for Parliament committee on MA63 implementation