PAS SABAH RAYU ORANG RAMAI BANTU MANGSA RIBUT KAMPUNG FOREST

Sabah


Sahar (kanan) melawat mangsa ribut di Kg Forest

JustForex

SANDAKAN: Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu mangsa ribut di Kampung Forest yang berlaku pada Khamis lalu.

Sahar berkata, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam bernombor 100 4301 0003 627 atas nama PAS Kawasan Sandakan dan memaklumkannya kepada wakil mereka di talian 012 825 1895.

Rayuan itu dibuat oleh beliau ketika melawat mangsa pada Jumaat lalu di kampung berkenaan dekat sini yang turut dihadiri Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain serta beberapa orang AJK PAS Sandakan.

“Saya juga menyeru wakil rakyat di kawasan ini untuk menyalurkan bantuan segera agar penduduk dapat membina kembali rumah yang rosak,” ujar Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Keadaan atap rumah yang rosak teruk akibat ribut pada Nov 26

“Lebih menyedihkan kerana sekarang musim tengkujuh, jadi mangsa akan ditimpa hujan kerana atap mereka sudah tidak ada dan belum dibaik pulih,” tambah Sahar.

Justeru ujarnya, bantuan daripada orang ramai khususnya pihak kerajaan amat ditagih bagi meringankan beban mangsa-mangsa ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, sebanyak 29 rumah rosak termasuk sebuah masjid dan dilaporkan tiada penduduk mengalami kecederaan.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Four killed in shooting at Czech hospital
Johnson’s Conservatives poll lead jumps to 14 points – Survation
Portis, Horn among 10 former NFL players facing U.S. fraud charges
U.S. House committee postpones votes on articles of impeachment
Johnson says election could not be tighter