PADAH NAIKKAN HARGA PENUTUP MULUT DAN HIDUNG

Sabah


Oleh Wartawan BS – 30 Januari 2020

KOTA KINABALU: Tindakan tiga premis yang mengambil kesempatan menaikkan harga penutup mulut dan hidung susulan penularan wabak koronavirus membawah padah apabila diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, kelmarin.

Tiga premis ini didapati menaikkan harga penutup mulut dan hidung sehingga dua kali ganda berikutan permintaan tinggi bak ‘pisang goreng’ sejak wabak koronavirus berlaku.

JustForex

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, pemeriksaan bermula pada 26 Januari lalu membabitkan sebanyak 130 premis di seluruh Sabah.

Katanya, Hasilnya pemeriksaan itu mendapati tiga kes dikesan memanipulasi harga topeng muka bagi mendapat keuntungan yang terlebih hingga menjual lebih dua kali ganda pada harga asal.

“Ketiga-tiga kes ini dikesan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan kerana menjual melebihi harga maksimum dan gagal meletakkan tanda harga.

“Ini membabitkan rampasan sebanyak 3,250 unit topeng muka dan hidung jenis N95 dan topeng muka gelung telinga dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM2,935,” katanya dalam sidang media di pejabat KPDNHEP Sabah, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penetapan Harga Maksimum) 2009.

“Sehubungan itu, semua penjual topeng muka sama ada di peringkat runcit mahupun pemborong diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga atau menyorok bekalan dengan niat untuk mengaut keuntungan.

“Kementerian tidak akan bertolak ansur mengenai perkara ini dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Sementara itu, mengenai situasi bekalan topeng muka di Kota Kinabalu, Georgie berkata, hasil daripada pemeriksaan di peringkat peruncit dan pemborong, pihaknya membuat rumusan bahawa ketiadaan stok topeng muka kebanyakkannya membabitkan premis farmasi di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Grand Plaza Mall, Jalan Gaya, Suria Sabah, dan Servay Hypermarket Inanam.

“Terdapat kira-kira 70,000 keping topeng muka biasa dalam milikan pemborong di Inanam, 1,000 keping di sebuah farmasi di tingkat tiga Suria Mall manakala kira-kira 2,600 keping di pelbagai premis di Centre Point. Stok yang agak banyak juga di sebuah premis di 1 Borneo.

“Pemborong terbabit sudah mula mengedarkan stok yang ada kepada peruncit sekitar Kota Kinabalu sejak semalam dan juga hari ini.

“Pegawai penguatkuasa akan membuat pemantauan susulan ke atas perkara ini. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

New scam targets delivery personnel from parcel and food delivery companies in Singapore
No Ramadan bazaars in Kelantan, says state health exco
Russia detains academic for allegedly passing secrets to NATO country: Interfax
Myanmar activists stage ‘bloody’ protests against military
Turkey, Libya committed to eastern Mediterranean maritime accord