MISTERI BAU BUSUK DAN LALAT TERUNGKAI, TEMAN SERUMAH BUNUH DIRI

Sabah


PENAMPANG: Misteri bau busuk dan lalat yang menghurungi sebuah rumah sewa apartment di Jalan Bundusan, dekat sini, terungkai selepas penemuan mayat seorang lelaki, petang tadi.

JustForex

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dua penyewa lain di rumah berkenaan dikatakan menghubungi pemilik rumah selepas tidak selesa dengan bau busuk dan lalat yang banyak di rumah berkenaan.

Pemilik rumah datang untuk pemeriksaan dan mengesyaki sesuatu lalu terus membuat laporan di Balai Polis Penampang untuk meminta bantuan segera.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan itu pada jam 6.28 petang.

Katanya, sepasukan polis terus dikerah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan di rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dalam keadaan menggantungkan diri pada kipas siling dan mayat berkenaan juga sudah berbau busuk.

“Mayat lelaki tempatan berusia 23 tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Sibu gang targeting swiftlet houses busted
Covid-19: Teachers, students in SRJK (C) Bukit Beruang to undergo 10-day quarantine after pupil tested positive
The day before elections, Peru marks record COVID-19 deaths
People can now think about summer vacations, UK minister says
Russia detains academic for allegedly passing secrets to NATO country: Interfax