MAYAT LELAKI DIJUMPAI TERAPUNG DI SUNGAI LABUK

Sabah


OLEH FAIZAL RAHMAN

JustForex

BELURAN:  Mayat seorang lelaki telah dijumpai terapung di Sungai Labuk berhampiran Kampung Bambangan dekat sini semalam.

Penduduk kampung yang ternampak mayat berkenaan dari atas jambatan telah memaklumkan kepada pihak polis pada lebih kurang jam 6.00 petang.

Bertindak atas maklumat tersebut, Ketua Polis Daerah Supt Kasim Muda telah mengarahkan anggota dari Balai Polis Tagas-Tagas untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat .

Oleh kerana cuaca gelap dan air sungai yang deras, operasi ditangguhkan pada jam 7.00 malam dan disambung semula pada 7.00 pagi ini dengan dibantu oleh pihak Bomba dan Penyelamat Beluran disamping bantuan dari RELA dan penduduk kampung, kata Kasim.

Menurut Kasim, mayat tersebut kemudian dijumpai di kawasan Sungai Sapi pada kira-kira jam 11.00 pagi dan telah dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.

“Mayat itu dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dan dipercayai telah berada dalam air lebih dari 72 jam,” tambahnya.

Beliau berkata bahawa identiti lelaki tersebut belum diketahui dan setakat ini belum ada laporan orang hilang yang diterima oleh pihak Polis Beluran.





Source link

Loading...

Articles You May Like

EU summit chairman: ‘still work to do’ to endorse 2050 climate target
NHL roundup: Stars win after firing coach
U.S. lawmakers begin debating impeachment articles against Trump
Russia jails 11 for St Petersburg metro bombing
Hope fades for eight missing after New Zealand volcanic island erupts