Mayat lelaki dewasa ditemukan terapung di Beluran

Sabah


BELURAN, 3 Dis — Mayat seorang lelaki dewasa ditemukan terapung di Sungai Sapi dekat sini Isnin.

JustForex

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata mayat lelaki itu ditemukan oleh sepasukan mencari dan menyelamat kira-kira 11 pagi tadi selepas menerima maklumat orang awam yang ternampak mayat hanyut di Sungai Labuk.

“Lebih kurang 6 petang semalam, polis di Beluran menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak mayat hanyut dari atas jambatan Sungai Labuk di Kampung Bambangan.

Bertindak atas maklumat, satu operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh Balai Polis Tagas-Tagas, namun tidak berjaya kerana cuaca gelap dan air yang deras,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kasim berkata operasi bersambung pukul 7 pagi tadi bersama Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima laporan orang hilang setakat ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan ahli keluarga atau kenalan untuk tampil di balai polis berdekatan.– BERNAMA





Source link

Loading...

Articles You May Like

U.S. data point to moderate economic growth, tightening jobs market
Djokovic faces Struff, Barty takes on Tsurenko at Australian Open
Democrat Marianne Williamson exits 2020 presidential race, saying ‘love will prevail’
KARIM LEGA DI HARI PENGUNDIAN
PAIRIN BOLEH SAMAN JIKA KATA SAYA BERBOHONG : SHAFIE