MAXSIUS CEDERA, MUNGKIN REHAT SEBULAN

Sabah


KOTA KINABALU: Pemain Sabah, Maxsius Musa mungkin akan terlepas aksi pembukaan Liga Super selepas dilaporkan mengalami kecederaan bahu, di Indonesia, semalam.

Maxsius dikatakan terpaksa direhatkan untuk tempoh kira-kira sebulan kerana bahunya terlepas selepas bertembung dengan pemain Persija dalam aksi Piala Gabenor Jawa Timur, di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Indonesia, semalam.

JustForex

Pengurus pasukan, Henry Soimpon berkata, Maxsius terpaksa dikeluarkan di babak kedua perlawanan dan kemudian dihantar untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Malang.

“Selepas perlawanan itu, Maxsius mengadu sukar untuk mengangkat tangan kirinya kerana bahunya sakit.

“Kami kemudian membawa dia (Maxsius) ke hospital dan doktor mengesahkan bahunya terlepas selepas ujian x-ray dilakukan,” katanya, hari ini.

Henry berkata, Kurniawan dijangka akan memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan lain untuk beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan B bertemu Persela FC di Stadium Kanjuruhan, esok.

“Saya harap para pemain akan lebih berhati-hati dan tidak terlalu ikut emosi ketika beraksi bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kecederaan berlaku,” katanya.

Baru-baru ini, presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony berkata mereka tidak meletakkan apa-apa sasaran di kejohanan Piala Gabenor Jawa Timur itu.

Katanya, apa yang penting adalah membentuk keserasian di kalangan pemain serta mengelak daripada sebarang masalah kecederaan.





Source link

Loading...

Articles You May Like

No global digital tax by end-2020 would mean digital tax chaos: France
UK to evacuate passengers from quarantined cruise ship in Japan
MADIUS IRING AGONG DAN SULTAN
Selangor MB arrives at Istana Bukit Kayangan for audience with Sultan
Katherine Johnson, NASA mathematician portrayed in ‘Hidden Figures’, dies at 101