MAUT DIREMPUH KERETA SENDIRI

Sabah


BEAUFORT: Seorang pesara maut apabila dilanggar kenderaan miliknya sendiri ketika cuba membuat pemeriksaan di bahagian hadapan dalam kejadian di Jalan Kampung Gorowot, Kuala Penyu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 66 tahun yang disyaki mabuk memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux seorang diri untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kayul, di sini.

JustForex

Bagaimanapun, kenderaan mangsa dikatakan tersasar ke bahu jalan di sebelah kanan yang bercerun menyebabkan mangsa turun ke bahagian hadapan kenderaan untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, kenderaan mangsa dipercayai meluncur sendiri ke arah depan dan terus melanggar mangsa sehingga terjunam ke dalam gaung.

Katanya, akibat daripada insiden itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian dalaman badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Penyu.

“Siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan dan punca kemalangan dipercayai disebabkan oleh kecuaian mangsa sendiri.

“Tiada unsur-unsur khinat atau jenayah yang dikesan dalam kemalangan ini namun begitu siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azmir berkata, mangsa disyaki mabuk dan memandu kenderaannya di bawah pengaruh alkohol yang dipercayai melebihi paras dibenarkan.

Katanya, sampel darah sudah diambil untuk ujian dadah dan alkohol bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

English shops and pub gardens reopen in ‘major step’ to freedom
South Asia surpasses grim milestone of 15 million COVID-19 cases: Reuters tally
India overtakes Brazil as world’s second worst-hit country by COVID-19
Europe’s vaccine rollout hit by doubts over J&J, AstraZeneca shots
Turkey, Libya committed to eastern Mediterranean maritime accord