MALAYSIA CATAT DUA LAGI KEMATIAN –

Sabah


KOTA KINABALU: Dua lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Malaysia, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini sebanyak 65 kes.

JustForex

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata dua kematian itu membabitkan seorang lagi peserta tabligh iaitu lelaki warga Pakistan yang berusia 69 tahun dan seorang wanita berusia 58 tahun yang mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi.

Sementara itu, Noor Hisham berkata 166 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah sembuh 1,487, iitu 36.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 156 kes baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan 4,119 kes.

Sebanyak 76 pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 pesakit perlukan bantuan pernafasan./BERITA SABAH





Source link

Loading...

Articles You May Like

Soccer: Former coach of Brazil’s women’s team dies age 63
Exclusive: Zoom plans to roll out strong encryption for paying customers
Move on says British PM, as row over adviser Cummings persists
Parolled Australian fears re-arrest in Bulgaria, seeks new trial
Collision of galaxies may have spurred our solar system’s formation