MALAYSIA CATAT 13 KES BAHARU TERMASUK SATU DI SABAH

Sabah


KOTA KINABALU: Sabah, hari ini, mencatat satu kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah yang pernah direkodkan setakat ini sebanyak 385.

Statistik terbaru yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, hari ini, menunjukkan pertambahan satu kes itu berlaku di daerah Penampang.

JustForex

Ini bermakna daerah berkenaan kembali ke zon kuning selepas merekodkan kes Covid-19 aktif.

Lain-lain daerah yang masih dikategorikan sebagai zon kuning ialah Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan, dan Putatan dengan kesemua daerah itu masing-masing merekodkan satu kes Covid-19 aktif.

Tiada kes sembuh dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini sebanyak lima kes.

Sementara itu, kes kematian baharu akibat jangkitan wabak itu dengan jumlah korban kekal sebanyak tujuh kes iaitu empat dicatatkan di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau, Keningau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi merekodkan kes Covid-19 selepas Kuala Lumpur yang mencatat 2,460 kes, Selangor (2,118), Negeri Sembilan (1,028), Johor (737), dan Sarawak (650).

Terdahulu, kes jangkitan Covid-19 di negara ini kekal pada dua angka selepas 13 lagi kes baharu dicatatkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini bermakna jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 173 kes.

Noor Hisham turut memaklumkan satu lagi kes kematian direkodkan selepas seminggu.

Kes kematian terbaru itu membabitkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 63 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.

Mangsa, katanya mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai dan mendapat rawatan pada 9 Julai, sebelum dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai 2020 jam 12.04 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Deforestation in Brazil’s Amazon retreats in July from 2019 record
Police clash with protesters in Belarusian capital – Reuters witness
Police have taken action against 31 so far for violating home quarantine, says Ismail Sabri
Build ‘free and strong’ coexistence after blast, Pope Francis tells Lebanese
Mexico reports 5,558 new coronavirus cases, 705 more deaths