MAKCIK KIAH PUN TERSENYUM

Sabah


KOTA KINABALU: Pengumuman pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin, sebentar tadi, pastinya mengukir sedikit senyuman di wajah rakyat Malaysia, khususnya mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Bagaimanapun, di sebalik pengumuman yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen itu, ramai yang tertarik dengan cerita ‘Makcik Kiah’ sehingga nama berkenaan menjadi popular di laman sosial.

JustForex

Dalam pengumumannya tadi, Muhyiddin sempat memberi contoh pengiraan terhadap bantuan yang diumumkan dengan bercerita mengenai ‘Makcik Kiah’.

“Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun

“Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab.

“Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan,” katanya.

“Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

“Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800,” katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin mengumumkan bayaran RM1,600 kepada hampir empat juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Kata perdana menteri, jika suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir.

Justeru, katanya keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4,200.

“Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak

“RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama enam bulan sebanyak RM120,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu mengumumkan mereka yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam akan diberi pengecualian pembayaran sewa daripada sebulan yang diumumkan sebelum ini kepada enam bulan.

“Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan sebanyak RM1200.

“Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600,” katanya.

Tambah Muhyiddin, keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464. Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664.

“Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat,” katanya./BERITA SABAH





Source link

Loading...

Articles You May Like

236 LAGI PESAKIT COVID-19 PULIH
KLUSTER ITALI, 37 DIJANGKITI LIMA HILANG NYAWA –
MALAYSIA CATAT 170 KES BARU, SATU LAGI KEMATIAN –
SABAH BERTAMBAH 10 KES BAHARU, 10 PESAKIT PULIH –
Tens of thousands prepare to leave Wuhan after spending two months in coronavirus lockdown