MADIUS: TINGKATKAN MOMENTUM KEMPEN

Sabah


Oleh Wartawan BS

BONGAWAN: Semua jentera kempen UPKO digesa untuk terus mendekati rakyat sehingga masa berkempen tamat pada tengah malam esok.

“Kita sudah berkerja keras terutama sejak penamaan calon pada 4 Januari lalu.

JustForex

“Sabtu ini, hari mengundi, mari teruskan usaha cemerlang kita untuk membantu calon Kerajaan menang pada hujung minggu ini,” kata Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. 

“Kita ada masa dua hari lagi untuk berkempen, kita bukan saja akan kekalkan momentum tapi mempertingkatkan untuk memastikan setiap ahli UPKO mengundi calon nombor dua, Datuk Karim Bujang,” katanya kepada media ketika diminta mengulas ucapan beliau dalam Majlis santai di Kampung Langsat, di sini, petang tadi.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, berkata, dalam rekod, UPKO mempunyai lebih 4,000 ahli yang mengundi di kawasan Parimen Kimanis, namun setelah di kemas kini, hanya ada dalam 1,200 ahli yang aktif di 11 daripada kesemua 19 pusat daerah mengundi.

“Saya menggesa semua ahli parti untuk membantu calon kita daripada Warisan untuk menang dengan bergaya dalam pilihan raya kecil ini. UPKO sokong Datuk Karim.

“Yang menarik bagi saya ialah kerjasama erat dikalangan jentera parti UPKO, dari semua sayap Pemuda, Wanita dan Komulakan serta ahli Majlis Tertinggi, begitu juga dengan jentera kempen Warisan serta DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

“Bagi UPKO, kita cukup gembira kerana dalam dua minggu ini, kita mendapat hampir 1,000 permohonan untuk masuk UPKO. Penjenamaan baru UPKO dan halatuju jitu parti terus sebati dengan rakyat Sabah,” tambah Madius.

Turut hadir dalam majlis itu ialah naib-naib presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Dr Lucas Umbul, bendahari Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu dan timbalan ketua bahagian Hendry Petrus.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Road collapse cuts off access to villages in rural Sarawak, urgent repairs needed
Board member overseeing Wirecard audit elected chairman
Democrats say measure to rein in Trump on Iran will pass Senate
Who might argue the case against Trump in the Senate impeachment trial?
Johnson to meet new Northern Ireland executive, Irish PM