MADIUS IRING AGONG DAN SULTAN

Sabah


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, antara pengiring dua pemimpin negara, yang berangkat tiba, di sini, kelmarin.

JustForex

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kelmarin, dan keberangkatan tiba mereka itu turut disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal .

Seri Paduka Baginda tiba ada jam 3.50 petang manakala Sultan Brunei dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha selamat berangkat pada jam 11 pagi.

Selain menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak kepada Shafie, semalam, Seri Paduka Baginda juga dijadualkan menunaikan Solat Jumaat di salah sebuah masjid di Bandaraya Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, keberangkatan tiba Baginda Sultan Brunei bersama rombongan dengan pesawat khas jenis Boeing 787 ‘Dreamliner’, semalam, dikemudi sendiri oleh Baginda dari Bandar Seri Begawan.

Lawatan singkat Baginda Sultan Brunei bersama isteri di Sabah juga adalah untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak kepada Shafie sebelum berangkat pulang pada lewat malam tadi.





Source link

Loading...

Articles You May Like

United States issues guidelines to encourage more interaction with Taiwan
Seven Catholic clergy, including two French citizens, kidnapped in Haiti
Biden plans to crack down on ‘ghost guns’ with action on Thursday
People can now think about summer vacations, UK minister says
The sudden visit to COVID victims’ families that sparked Jordan’s royal rift