LUKE, SIAW KHIM TERPANTAS – Berita Sabah

Sabah


KOTA KINABALU: Luke Peel and Tho Siaw Khim mencuri tumpuan pada Kota Kinabalu City Half Marathon yang berakhir di Padang Merdeka, di sini, pagi tadi.

Luke dari Singapura dan Siaw Khim dari negeri jiran Sarawak bukan sahaja memenangi kategori masing-masing tetapi juga pelari terpantas menghabiskan larian sepanjang 21km itu.

JustForex

Menerusi acara Lelaki untuk kategori umur 28-35 tahun, Luke mencatatkan kepantasan 1:16.05s untuk muncul juara.

Dia turut meranapkan impian pelari Kenya John Waithaka Njihia yang menduduki tempat kedua (1:22.05s) manakala pelari Malaysia Shyaldi Suhimi (1:27.42s) di tempat ketiga.

Siaw Khim pula unggul dalam acara Wanita kategori umur 36-43 tahun apabila menghabiskan larian dalam masa 1:39.13s diikuti Lim Pei Yen (1:45.01s) di tempat kedua dan pelari dari Sabah Mailin Salungin (1:48.33s) di kedudukan ketiga.

Siaw Khim mengungguli acara Wanita kategori umur 36-43 tahun

Sementara itu, Safree Sabdin, Fabian Osmond Daimon, Kona Liau adalah antara pelari tidak asing lagi dari negeri ini yang turut menjuarai kategori masing masing.

Safree yang juga pemenang Lelaki Terbuka pada 2019 Unicef Borneo International Marathon menjurai acara Lelaki (umur 16-27 tahun) dengan catatan masa 1:19.30s.

Dia menewaskan seorang lagi peserta Sabah, Wincentbert Latius (1:18.34s) dan Ku Aliff Aiman Ku Zainol (1:21.25s) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Safree juara acara Lelaki umur 16-27 tahun

Fabian pula gah dalam acara Lelaki (umur 36-43 tahun) di mana pelari antarabangsa Sabah itu mencatat 1:20.48s, sekaligus menewaskan Rustin Masri di kedudukan kedua (1:20.57s) dan Sapirin Sumping di tempat ketiga (1:21.06s).

Kona pula terus unggul dalam acara veteran di mana beliau menamatkan larian dengan masa 1:45.12s untuk menjuarai kategori umur 44-51 tahun Wanita.

Chong Vun Lung (1:49.08s) dan Hamisah Antahar (1:49.52s) pula sekadar berpuas hati di tangga kedua dan ketiga dalam acara itu.

Kona terus unggul dalam acara veteran selepas menamatkan larian dengan masa 1:45.12s bagi kategori umur 44-51 tahun Wanita.

Secara keseluruhannya, 10 kategori kumpulan umur telah dipertandingkan dalam kejohanan yang diadakan sempena ulang tahun ke-20 Bandaraya Kota Kinabalu.

Ianya dianjurkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Kinabalu Running Club (KRC) dan buat julung kalinya diadakan.

Mayor Bandaraya, Datuk Nordin Siman melepaskan para peserta Half Marathon itu dengan seramai kira-kira 2,500 peserta dari beberapa buah negara mengambil bahagian.

Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan turut hadir ialah president KRC Daruk Dr Heng Aik Cheng.

Ketika ditemui pemberita, Phoong merakamkan terima kasih dan juga memberi pujian kepada pihak penganjur dalam memastikan kejohanan itu dilangsungkan dengan jayanya.

Beliau turut berharap aktiviti sedemikian dapat diperbanyak dan sekaligus membawa manfaat kepada negeri termasuk dari segi pembangunan ekonomi, sukan dan pelancongan.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Mexican president calls on Russia, Saudi Arabia to end oil price war
TAMBADAU ‘ASAH TANDUK’ DI RUMAH –
PM Johnson stable after second night in intensive care battling COVID-19
Country folk singer John Prine dies at 73 of coronavirus complications
Russian space agency says Trump paving way to seize other planets