LELAKI TERTEMBAK ISTERI KETIKA CUCI BAKAKUK

Sabah


Oleh Wartawan BS

TELUPID: Seorang wanita parah apabila terkena tembakan selepas suaminya terpetik picu ‘bakakuk’ dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baba, di sini, kelmarin.

JustForex

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suami mangsa dipercayai mencuci senjata buatan sendiri berkenaan sebelum dikatakan terpetik picu senapang yang kemudian mengenai peha kanan isterinya.

Sebaik kejadian itu, suspek kemudian meminta bantuan penduduk dan menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, sebelum dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Telupid menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang hari yang sama.

“Siasatan mendapati ketika kejadian, suspek berusia 49 tahun yang bekerja sebagai petani sedang mencuci senjata itu sebelum terpetik picu.

“Mangsa berusia 33 tahun. Rakaman percakapan mangsa belum diambil kerana masih ditahan di wad,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kasim berkata, suspek ditangkap sebaik menyerah diri untuk siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyimpan atau memiliki senjatapi tanpa lesen kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.





Source link

Loading...

Articles You May Like

World-class medical education available locally
South Korean doctors strike over plan to boost medical student numbers
Police have taken action against 31 so far for violating home quarantine, says Ismail Sabri
Brazil reports 45,392 new coronavirus cases, 1,088 deaths in last 24 hours
Umno lawyer given discharge not amounting to acquittal on money-laundering charges