LELAKI MAUT KERETA PUTUS DUA

Sabah


TUARAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun parah selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka terputus dua akibat kemalangan di Jalan Kampung Bakut, di sini, pagi tadi.

JustForex

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta terbabit berusia 22 tahun kerana kecederaan teruk di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, sebelum kejadian, kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Bulatan Berungis, menuju ke Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Perodua Kancil yang disyaki dipandu laju hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh pokok menyebabkan kereta itu mengalami kerosakan teruk.

“Akibat kejadian itu, pemandu parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang lelaki berusia 12 tahun patah tangan kanan dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, hasil siasatan mendapati pemandu kereta Perodua hilang kawalan lalu terbabas sendiri hingga menyebabkan kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Biden: Trump administration showed ‘poor judgment’ in removing warship commander
Johnson in intensive care with worsening coronavirus symptoms
U.S. Attorney General orders release of more federal inmates due to coronavirus pandemic
HSBC HK shareholders mull legal action over dividend suspension
Two U.S. state AGs seek info on Zoom’s privacy practices