LAPORAN DISAMUN PALSU, WANITA HAMIL HANYA TERJATUH DAN WANG HABIS BERJUDI

Sabah


LABUAN: Laporan seorang wanita yang hamil lima bulan disamun dua lelaki, Selasa lalu, ternyata hanya rekaan apabila siasatan polis mendapati tiada sebarang insiden jenayah berlaku.

Wanita berusia 33 tahun itu akhirnya mengaku kecederaan yang dialaminya adalah akibat terjatuh sendiri ketika berada di dalam tandas restoran berkenaan.

JustForex

Lebih perit lagi, wanita itu turut mengaku wang sebanyak RM4,000 milik suaminya itu sebenarnya habis digunakan untuk aktiviti perjudian atas talian.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pada awalnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan menubuhkan pasukan operasi khas untuk mengesan dua suspek yang didakwa masih bebas.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan lanjut mendapati tiada sebarang pengeluaran wang oleh mangsa di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Labuan hari berkenaan.

“Pada tarikh 21 Julai lalu, wanita terbabit tidak ada melakukan sebarang transaksi pengeluaran wang sebaliknya hanya memasukkan wang ke dalam akaunnya sendiri.

“Kemudian, mangsa berjalan di sekitar Pekan Baru dan pergi ke lorong belakang restoran berkenaan untuk menggunakan tandas.

“Mangsa turut mengaku terjatuh sendiri ketika berada dalam tandas kerana berasa pening dan keluar berjalan untuk meminta bantuan daripada pekerja restoran berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhamad Farid berkata, berdasarkan siasatan, mangsa didapati memberi keterangan palsu kepada pihak polis yang menjalankan siasatan.

“Perbuatan memberi keterangan palsu boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai enam (6) bulan, atau denda boleh sampai dua (2) ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.

“Justeru PDRM menggesa orang ramai supaya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel, kenyataan yang tidak sahih atau tidak tepat yang boleh mendatangkan perasan takut atau kegusaran awam,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

English shops and pub gardens reopen in ‘major step’ to freedom
United States issues guidelines to encourage more interaction with Taiwan
Russia detains academic for allegedly passing secrets to NATO country: Interfax
South Asia surpasses grim milestone of 15 million COVID-19 cases: Reuters tally
Turkey, Libya committed to eastern Mediterranean maritime accord