KOPERASI DAN BALAI RAYA KAMPUNG SINALAPAK DIBINA SEMULA

Sabah


TUARAN: Koperasi dan Balai Raya Kampung Sinalapak Kiulu yang terbakar pada 29 Jun lalu akan dibina semula.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika sesi ramah mesra bersama penduduk kampung di sini, kelmarin.

JustForex
Madius berucap pada majlis ramah mesra

“Hari ini saya telah datang dan melihat sendiri keadaan koperasi dan balai raya ini yang mana ia merupakan pusat aktiviti penduduk di sini.

“Sehubungan itu, pada kesempatan ini, saya mengumumkan untuk meluluskan pembinaan semula dua bangunan yang terlibat dalam kebakaran pada penghujung Jun lalu,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Menurut Madius, beliau akan meminta pegawainya untuk melihat kos-kos yang terlibat, dan kemudian barulah projek itu akan dilaksanakan.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Wanita Kedai Pengindapuan Kampung Sinalapak, Anita O T Hokom@Hukum menyambut baik pengumuman yang disampaikan oleh Madius.

Anita ketika berucap terima kasih kepada Madius

“Koperasi yang diusahakan oleh kaum wanita di kampung ini amat diperlukan bagi membudayakan keusahawanan dalam penduduk kampung.

“Di samping itu, ia juga merupakan salah satu sumber pendapata penduduk di kampung ini,” ujarnya sambil sambil menambah bahawa kedua-dua bangunan yang dibina semula itu akan memberi manfaat besar kepada penduduk kampung.

Madius menyampaikan bantuan kepada pemimpin gereja

Hadir sama, dua Setiausaha Politiknya, Joisin Romut dan Albert Bingkasan.

Terdahulu Madius juga turut menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada pemimpin agama di sekitar Tuaran.

Penyampaian disampaikan kepada Gereja Yesus Benar, Gereja Protestan Sabah (PCS), Gereja Seventh-Day Adventist, Basel Christian Church of Malaysia (BCCM), Gereja Anglikan dan Calvary Charismatic Centre (CCC).-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

Former Lord President Tun Salleh Abas passes away, aged 91
Palestinians due to receive first batch of Russian vaccine on Tuesday, Israel says
U.S. Capitol on lockdown – Reuters witness
No political motive for state of Emergency, but a matter of life and death, says Takiyuddin
Records: Trump allies behind rally that ignited Capitol riot