KERETA MASUK LONGKANG, PEMANCU LEMAS MANAKALA ISTERI, ANAK DAN CUCU SELAMAT

Sabah


PENAMPANG: Seorang lelaki lemas selepas pacuan empat roda dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang di Jalan Panglima Banting, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kenderaan jenis Toyota Land Cruiser yang turut dinaiki isteri, anak serta cucunya berusia setahun itu dikatakan bergerak dari arah Donggongon menuju ke Putra Pogun.

JustForex

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa berusia 62 tahun terbabas dan terjatuh ke dalam longkang yang dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kenderaan pacuan empat roda berkenaan dinaiki empat sekeluarga.

“Pemandu iaitu mangsa yang lemas dipercayai gagal mengawal dengan baik kenderaan sehingga terbabas ke kiri jalan lalu masuk ke dalam longkang yang dinaiki air.

“Tiga penumpang iaitu isteri, anak perempuan dan cucu perempuannya berusia setahun berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, mangsa kemudian dikeluarkan daripada kenderaan dengan bantuan pasukan bomba.

“Pemandu yang dikhuatiri lemas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth (HQE I) yang tiba di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, keadaan jalan dan cuaca amat baik. Polis juga meminta saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

People can now think about summer vacations, UK minister says
No Ramadan bazaars in Kelantan, says state health exco
The sudden visit to COVID victims’ families that sparked Jordan’s royal rift
Hong Kong’s multimillionaire population hit record high last year even as its economy had its worst recession on record
Queen Elizabeth returns to royal duties four days after her husband’s death -PA Media