KENINGAU KECEWA LAGI DI FINAL

Sabah


KUNAK: Hasrat Keningau untuk menebus kekecewaan di final tahun lalu tidak kesampaian apabila sekali lagi muncul naib juara kejohanan bola tampar bawah 12 tahun (B-12) Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Kali ini, pasukan kendalian Stanley Ian Junaidi itu kecundang pula kepada Kota Belud yang dinobat sebagai juara selepas menang dua set berbalas satu di final.

JustForex

Pada kejohanan tahun lalu yang berlangsung di venue sama, Keningau dikecewakan oleh Tenom.

Bagaimanapun, pencapaian pasukan daripada pedalaman itu masih boleh dibanggakan kerana selain muncul naib juara, mereka turut dinobatkan sebagai pasukan terbaik kejohanan manakala pemain mereka, Carolena Cornelius dipilih sebagai pemain setter perempuan terbaik.

Terdahulu, Keningau menang kesemua aksi peringkat kumpulan iaitu menewaskan Sandakan, Semporna dan juga Kota Kinabalu.

Mereka kemudian mengekalkan prestasi baik di peringkat kalah mati apabila menewaskan Telupid di suku akhir, seterusnya mara ke final selepas menundukkan Pensiangan di separuh akhir.

“Kami sekali lagi kurang bernasib baik pada tahun ini, namun, kami akan terus berusaha agar sasaran untuk muncul juara tercapai suatu hari nanti, kami akan kembali lebih kuat tahun depan.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain, pengerusi teknik bola tampar, pengurus pasukan, jurulatih serta ibubapa yang memberikan komitmen terbaik.”

“Terima kasih juga kepada PPD Keningau yang sentiasa menyokong kontinjen Keningau bermula dari latihan sehingga selesai kejohanan,” kata Stanley ketika dihubungi, hari ini.

Dalam perkembangan lain, pasukan Sandakan muncul juara kategori lelaki selepas menewaskan Semporna di final manakala Lahad Datu sekadar berpuas hati di tempat ketiga.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Forecasters see above average 2020 Atlantic hurricane season
Rockets land near oil district in southern Iraq; no casualties
Mexican health ministry registers 1,688 coronavirus cases, 60 deaths
Trump removes top coronavirus watchdog, widens attack on inspectors general
Tesla sees strong Model Y production, deliveries; shares rise