KEMENTAH DAN KDN DIMINTA KENALPASTI KELEMAHAN ESSCOM

Sabah


SANDAKAN: Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri perlu menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih dekat untuk mengenalpasti kelemahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong  berkata, sejak ESSCOM ditubuhkan pada tahun 2013 dan pelaksanaan perintah berkurung bermula sejak tahun 2014, kira-kira tujuh kes penculikan berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah.

JustForex

“Ini semua memerlukan perhatian yang lebih dekat dari pihak berkuasa,” katanya.

“Adakah struktur organisasi ESSCOM berkesan dalam menjamin keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah?” tambahnya.

Vivian membuat kenyataan itu semasa menghadiri perbahasan Akta Bekalan 2020 Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat.

Pada masa yang sama, Vivian juga meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyenaraikan jadual pembaharuan dan penyusunan semula ESSCOM. 

“Apakah langkah-langkah yang akan diambil pada masa akan datang untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah?” katanya.

“Adakah perintah berkurung masih akan dilaksanakan tanpa tempoh atau tarikh tamat?” tambahnya.

Vivian berkata, Kementerian Dalam Negeri juga perlu menjelaskan kegunaan peruntukkan yang diperuntuk untuk mengukuhkan keselamatan di kawasan ESSCOM.

“Adakah peruntukkan tersebut digunakan untuk mengukuhkan sistem pengawasan radar di kawasan tersebut?” katanya.

Hal ini penting diketahui umum agar rakyat dapat melihat usaha pihak berkuasa.

Sementara itu, dalam sesi perbahasan sama, beliau juga memberikan soalan mengenai Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada bulan Jun 2020. 

Vivian juga meminta Menteri untuk menerangkan kerajaan yang bercadang mengeluarkan 136,055 PSS kepada warga asing dibawah fasa 1 dimana ia juga akan memerlukan jumlah untuk beberapa pembayaran.

“Adakah ini juga termasuk memperuntuk untuk meningkatkan pangkalan data perisian dan adakah latihan akan diberikan kepada pegawai jabatan yang berkenaan?” katanya.





Source link

Loading...

Articles You May Like

Warren set to woo Nevada union amid healthcare policy concerns
SATU PARAH, DUA CEDERA RINGAN DALAM KEMALANGAN JALANRAYA DI KINABATANGAN
New Zealand recovery teams hoping to access White Island volcano on Wednesday
Security clearance loophole allowed ex-NSA hackers to work for UAE
Ed Sheeran crowned UK’s artist of the decade after 79 weeks at No 1