KARNIVAL CNY LINTASAN DESOKA MERIAH

Sabah


KOTA KINABALU: Karnival Tahun Baru Cina (CNY) yang berlangsung di Lintasan Desoka, dekat sini, mendapat sambutan hangat dengan kehadiran orang ramai termasuk pelancong dari dalam serta luar negara.

JustForex

Karnival yang bermula sejak Ahad sehingga esok itu juga menjadi pusat bagi usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka.

“Saya melihat ada di kalangan mereka (usahawan) yang begitu kreatif dengan mencipta cenderakenangan atau ‘ole-ole’ bercirikan Sabahan yang agak menarik.

“Selain masyarakat tempatan, saya juga berjumpa dengan ramai pelancong di sini termasuk daripada China dan England,” kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew ketika melawat karnival berkenaan, malam tadi.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) yang diketuai Tan Sri TC Goh.

Christina yang turut diiringi Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman juga menyatakan kegembiraannya kerana karnival berkenaan turut memberi peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan mereka.





Source link

Loading...

Articles You May Like

‘Ochocinco’ takes aim at XFL … as a kicker
Deep-sea microbe sheds light on primordial evolutionary milestone
U.S. top attorney: Killing Soleimani ‘legitimate,’ Trump had authority
MINIT MESYUARAT BUKTI BN AKAN LAKSANA PRSS
Remote control vibrators? Dual stimulation? Sex toys get Las Vegas tech show buzzing