KANAK-KANAK LEMAS, BAPA DAN ABANG MASIH HILANG

Sabah


TENOM: Perjalanan tiga sekeluarga menyeberangi sungai menggunakan perahu kecil bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lemas manakala abang dan bapanya hilang selepas perahu dinaiki mereka itu terbalik di Sungai Pagalan, Kampung Kalang Kanar, di sini, tengah hari tadi.

JustForex

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 8 tahun bersama bapa dan abangnya berusia 42 dan 10 tahun warga Filipina menyeberangai Sungai Pagalan menggunakan perahu kecil untuk ke kebun kelapa sawit.

Bagaimanapun perahu dinaiki tiga sekeluarga itu terbalik akibat dipercayai arus deras sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 1.15 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan pasukan polis dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom.

“Selepas 15 minit operasi mencari dan menyelamat dilakukan seorang daripada mangsa berusia lapan tahun ditemui.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tenom untuk bedah siasat manakala dua lagi mangsa giat dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasan berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan kira-kira jam 5 petang tadi akibat keadaan hujan lebat dan arus yang semakin deras.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang hilang akan disambung esok.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat sebagai kes orang hilang,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Loading...

Articles You May Like

English shops and pub gardens reopen in ‘major step’ to freedom
Myanmar activists stage ‘bloody’ protests against military
Turkey, Libya committed to eastern Mediterranean maritime accord
Russia detains academic for allegedly passing secrets to NATO country: Interfax
The sudden visit to COVID victims’ families that sparked Jordan’s royal rift